Satu Daerah Satu Industri (SDSI) - Zon Selatan,
34:06

Ep06. Dari Daerah ke Global: Arus e-Dagang

26 May 2019

Ep 06. Dari Daerah ke Global: Arus e-Dagang

Encik Andy Dhani, Ketua Pembangunan Perniagaan AVANA memperkenalkan syarikat bumiputera ini yang berjaya membawa banyak syarikat-syarikat Kecil dan Sederhana ke peringkat antarabangsa. AVANA telah berjaya membuka cawangan di peringkat Asia Tenggara seperti Singapura, Bandung, Jakarta, Cambodia dan Myanmar. Bekerjasama dengan beberapa kementerian dan syarikat besar seperti POS Malaysia dan TM, syarikat ini turut menjadi rakan kongsi Facebook dan Google. Menerima lambakan data daripada kedua-dua syarikat gergasi ini, AVANA sebagai syarikat pemudahcara perniagaan e-dagang, berjaya menyesuaikan keperluan syarikat Kecil dan Sederhana tempatan dalam mengembangkan perniagaan mereka hanya dengan mengeluarkan kos yang sedikit.

Isi Utama

e-Dagang semakin mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia yang rata-rata menerima kemudahan ini dalam kehidupan seharian mereka. Usahawan yang melibatkan diri dalam e-dagang mampu mencapai pelanggan dengan cepat, efektif dan menjimatkan kos. Bagi mencapai objektif utama penubuhan AVANA iaitu memperkasa perniagaan mikro, kecil dan sederhana untuk ke luar
negara, formula utama yang sering ditekankan kepada para usahawan ialah pemilihan produk yang sesuai digandingkan dengan gaya pemasaran yang betul akan menghasilkan jualan yang tinggi. Encik Andy turut menasihatkan para usahawan untuk mempertimbangkan pengeluaran kos, dapatan hasil dan pertandingan perniagaan ketika memilih sasaran. Para usahawan perlu jelas perbandingan sasaran lokasi perniagaan supaya strategi perniagaan dapat disesuaikan. Usahawan tidak lagi perlu meluangkan masa yang banyak dengan menggunakan AVANA sebagai sistem yang menguruskan kesemua saluran media sosial bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran, laman sesawang, gerbang bayaran (payment gateway), inventori jualan dan bekalan produk selain membantu usahawan dari segi khidmat pelanggan. Menceritakan pengalaman pengasas AVANA, Encik Luqman Adris sebagai inspirasi usahawan untuk rajin bertanya dan mencari ilmu, Encik Andy turut berkongsi beberapa kisah kejayaan pelanggan mereka yang tidak berhenti membuat kajian dalam mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.

Fakta Menarik

Seramai 24 juta pengguna di Malaysia menggunakan aplikasi Facebook di telefon pintar sebulan dengan 95% daripadanya mempunyai kuasa membeli yang tinggi berumur antara 15 hingga 64 tahun.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top