Satu Daerah Satu Industri (SDSI) - Zon Selatan,
07:03

Ep05. SDSI – Memacu Perkembangan Usahawan Tempatan

21 May 2019

Ep 05. SDSI – Memacu Perkembangan Usahawan Tempatan

Arizal Rahman kembali bersama Dato Wan Suraya, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dalam mempromosikan program Satu Desa Satu Industri yang diadakan di Melaka baru-baru ini. Program telah dijalankan secara berkala bagi membantu para usahawan duduk semeja bersama agensi-agensi kerajaan bagi mendapatkan khidmat nasihat.

Isi Utama

Program ini bertujuan membantu para usahawan kecil dan sederhana untuk ke peringkat global dengan membantu usahawan bermula dari langkah perancangan awal perniagaan hinggalah langkah bagi mempromosikan produk. Setelah menjalankan program ini mengikut Zon Utara, Zon Timur dan Zon Selatan, peningkatan dapat dilihat dari segi jenis produk dan juga jumlah jualan. Sebanyak 4.8 juta jualan yang dianggarkan dan sebagai pihak penganjur, Dato Wan Suraya mengharapkan anggaran ini mencapai sasaran mereka iaitu 10 juta jualan. Beliau juga berharap program ini dapat membantu para usahawan menerima seberapa banyak yang boleh khidmat nasihat yang mereka perlukan untuk memajukan perniagaan mereka dengan mengadakan perbincangan dua hala bersama agensi kerajaan.

Fakta Menarik

SDSI kali ini menampilkan Malaysia Kitchen yang menjamu para pengunjung dengan pelbagai jenis juadah tempatan.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top