Satu Daerah Satu Industri (SDSI) - Zon Selatan,
14:44

Ep07. Tampak Cantik Secara Semulajadi

26 May 2019

Ep 05. SDSI – Memacu Perkembangan Usahawan Tempatan

Sebuah syarikat produk kecantikan tempatan, Merolz Beauty bukan sahaja mementingkan kecantikan, tetapi produk-produk yang dihasilkan semuanya daripada bahan botanikal semulajadi. Syarikat yang bertapak di Seremban ini memasarkan produk-produk kecantikan dan kebersihan yang khusus untuk muka tak kira jantina dan memastikan formula yang digunakan bersih dan dijamin selamat dengan melantik pakar kimia untuk melakukan kaji selidik. Syarikat yang telah beroperasi selama tiga tahun ini menggunakan ekstrak buah-buahan, pokok, bunga dan sebagainya untuk menghasilkan produk mereka.

Isi Utama

Dalam sesi ini, kita mendengar perkongsian Puan Iza Othman, pengasas Merolz Beauty, sebuah syarikat kecantikan kulit yang khusus untuk muka. Puan Iza menerangkan keistimewaan produk-produk beliau dari segi bahan, jenis, dan kebaikan. Merolz Beauty kini mempunyai 13 jenis produk dalam barisan produk mereka dan informasi tentang kebanyakan daripadanya ada dikongsi di dalam episod ini. Selain itu, Puan Iza juga menerangkan cara penggunaan dan kesan-kesan yang boleh dilihat jika menggunakan produk yang betul dengan cara yang sepatutnya. Bermula dengan produk yang menggunakan ekstra gaharu dan cendana, kini pelbagai jenis bahan botanikal dipakai di dalam produk, membuktikan bahawa bahan semulajadi juga berkesan. Puan Iza juga menerangkan strategi pemasaran beliau dan niat beliau dalam menerajui perniagaan ini. Akhir sekali, beliau menceritakan tentang bantuan dan cabaran yang diterima sepanjang perjalanan, dan harapan beliau kepada rakyat Malaysia dan para usahawan.

Fakta Menarik

Penggunaan ekstrak bluberi di dalam CC Foundation Merolz Beauty membantu memutihkan kulit secara semulajadi.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top