Satu Daerah Satu Industri (SDSI) - Zon Selatan,
10:27

Ep04. Kek Buah Kukus: Tradisi yang Ditularkan

21 May 2019

Ep 04. Kek Buah Kukus: Tradisi yang Ditularkan

Bersama DJ eFM, Arizal Rahman menemu bual Encik M. Shariff Hj Md Din, pengusaha Tuzra Marketing yang berpusat di Johor Bahru. Syarikat ini secara rasminya mendaftar perniagaan mereka pada 28 Mei 2012 dan mula beroperasi sepenuhnya pada Mac 2013. Berkonsepkan makanan tradisi Melayu, Tuzra mengetengahkan kek buah yang dikukus dan berbeza berbanding kek buah tradisi negara lain yang dibakar. Bermula secara kecil-kecilan, produk ini kini boleh didapati di Singapura.

Isi Utama

Encik Shariff berkongsi strategi pemasaran Tuzra yang bermula dengan membuat tinjauan di bazar dan mendapatkan pandangan pelanggan terutamanya yang datang dari Singapura. Bersama-sama dengan isterinya, Encik Shariff turut mengikuti program-program keusahawanan anjuran pelbagai agensi untuk mendapatkan pangkalan data pelanggan. Tuzra Marketing bermula dari rumah dan berbekalkan keinginan dan keberanian, bancuhan kek sekecil 20 kg semakin bertambah menjadi 100 kg. Kini, mereka mampu menghasilkan 2500 kotak kek bersaiz 400g sehari. Tanpa pengalaman dan pengetahuan asas berkaitan perniagaan, mereka banyak menerima bantuan dan khidmat nasihat daripada agensi-agensi kerajaan yang melihat dan percaya pada usaha mereka. Apabila ditanya tentang cabaran yang dihadapi, Encik Shariff menekankan cabaran yang masih cuba diatasi ialah strategi menghasilkan kuantiti produk mengikut permintaan dalam masa yang singkat tanpa menjejaskan kualiti kek buah.

Fakta Menarik

Ramai pelanggan dari Singapura membeli belah di Johor kerana berminat dengan produk makanan yang mengekalkan tradisi Melayu.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top