Usahawan TEKUN Nasional,
03:50

Ep03. Digital King: Khidmat Cetakan Unik

07 Apr 2019

Ep 03. Digital King: Khidmat Cetakan Unik

Exito Solutions (M) Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Digital King ini menyediakan khidmat cetakan lain daripada yang lain khusus buat warga Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan. Mereka mempunyai peralatan untuk mencetak atas pelbagai jenis material seperti aluminium, kayu, softboard dan sebagainya. Bagi anda yang ingin menempah cenderahati untuk majlis tertentu di kawasan Pantai Timur, tempahlah dengan Digital King kerana mereka sudah berpengalaman selama lebih 3 tahun dalam bidang cetakan ini. Kunjungi mana-mana cawangan di sekitar Terengganu dan Kelantan kerena mereka mempunyai beberapa cawangan di setiap daerah Pantai Timur.

Key Takeaways

Untuk memperkenalkan sesuatu yang baru, bukan mudah bagi Digital King kerana warga Pantai Timur menganggap servisnya agak mahal namun pada kami, kualiti yang diberikan berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Bagaimanapun, pihak Digital King akan terus melakukan penyelidikan dan pembangunan secara lebih terperinci bagi mengetahui kehendak sebenar pelanggan supaya menepati keperluan mereka.

Fun Fact

Menaiktaraf peralatan sememangnya menjadi sasaran utama setiap perniagaan. Jika anda ingin tahu, Digital King kini mempunyai mesin cetakan berharga hampir setengah juta ringgit bagi memberikan kualiti terbaik buat pelanggan. Semua itu berkat sokongan beberapa organisasi yang sudi menghulurkan bantuan. Mereka juga mengembangkan saluran tempahan di mana anda kini boleh membuat tempahan di Digital King melalui atas talian di laman web mereka, malah servis mereka juga sudah menembusi Shopee dan Lazada!

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top