Gerai Go Digital,
16.05

EP.2 Peluang Nasi Lemak Nineteen Perluas Pasaran

15 Apr 2020

Gerai Go Digital

Gerai On Digital merupakan satu pilot projek radio eFM menyokong dan membantu peniaga gerai makanan khususnya peniaga pasar malam, gerai tepi jalan dan peniaga bazar Ramadhan yang terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak pandemik Covid 19Melalui projek ini yang merangkumi eFM Pasar Malam Box dan eFM Bazar Ramadhan Box berkonsepkan membantu usahawan mikro ini mendapat pelanggan dan pendapatan berterusan melalui gaya pemasaran baru iaitu secara digital. Ia juga dapat membantu lebih ramai penghantar makanan menambah rezeki sepanjang PKP ini.

Ep.2 Peluang Nasi Lemak Nineteen Perluas Pasaran

Gerai On Digital kali ini menampilkan peniaga gerai Nasi Lemak Nineteen di SS19 Subang Jaya, En Lotfi bin Abdullah yang tidak pernah terfikir terpaksa mempelajari ilmu pemasaran baru melalui digital kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP akibar wabak pandemik COVID 19 yang telah menyebabkan beliau tidak dapat membuka gerai dan pendapatan menyusut. Akibat tekanan tersebut, beliau dan isteri mula mempelajari mengiklankan hasil jualan melalui grup facebook dan whatsapp. Ia sesuatu yang sukar pada awalnya tetapi mula membuahkan hasil.

Isi Utama

Melalui podcast kali ini menampilkan pengusaha gerai Nasi Lemak Nineteen, Abang Lotfi dan isteri yang terpaksa belajar teknik pemasaran gaya baru iaitu melalui digital yang bukan satu kebiasaan kepada mereka. Akibat PKP hingga menjejaskan pendapatan mereka, memaksa mereka untuk mencari dan belajar ilmu pemasaran digital yang begitu asing kepada mereka sebelum ini. Malah, mereka telah bercadang untuk menjadikan media sosial sebagai alat pemasaran untuk jangka panjang walaupun selepas tempoh PKP ini.

Fakta Menarik

Akibat dari PKP ini, peniaga gerai sudah tidak dibenarkan berniaga seperti biasa dan ia memberi peluang kepada lebih ramai anak muda menyertai pasukan penghantaran makanan. Ini memberikan sumber pendapatan baru kepada ramai penghantar makanan khususnya di Lembah Klang.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top