Satu Daerah Satu Industri (SDSI) - Zon Selatan,
11:48

Ep02. Natture Herbs: Pembuat Minuman Jenama Hajra

09 May 2019

Ep 02. Natture Herbs: Pembuat Minuman Jenama Hajra

Masih lagi berada di MITC, episod podcast kali ini pula akan bersama-sama dengan Encik Azman Mohamad, iaitu pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat Natture Herbs Industries & Marketing dari Jempol, Negeri Sembilan yang sudi berkongsi lebih lanjut mengenai perniagaan yang dijalankan yang berfokus kepada produk-produk kesihatan berjenama Hajra.

Isi Utama

Natture Herbs Industries & Marketing berfokus kepada membuat produk-produk kesihatan yang boleh dinikmati sebagai ubat atau pil serta minuman. Terdapat tiga produk utama yang diketengahkan di bawah jenama Hajra yang boleh dicuba di sini iaitu minuman istimewa untuk mengeluarkan angin, kopi Bali dan madu kelulut bercampur spirulina. Encik Azman turut berkongsi cabaran dan pengalaman dalam melakukan bisnes selama sepuluh tahun, terutamanya dari segi pemasaran dan menjual kepada pelanggan.

Fakta Menarik

Natture Herbs Industries & Marketing sudah berkecimpung dalam menghasilkan produk Hajra selama 10 tahun. Pemprosesan dan penghasilan dilakukan sendiri di bengkel di Jempol.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top