Satu Daerah Satu Industri (SDSI) - Zon Selatan,
09:42

Ep01. Khasiat Minyak Kelapa Dara Mega Alif

09 May 2019

Ep 01. Khasiat Minyak Kelapa Dara Mega Alif

Podcast minggu ini berada di Melaka untuk pameran Satu Daerah Satu Industri. Episod kali ini akan bersama-sama dengan Puan Hukma dari Mega Alif Manufacturer, Batu Pahat yang sudi berkongsi lebih lanjut mengenai perniagaannya yang berfokus kepada kebaikan kelapa terutamanya minyak kelapa dara.

Isi Utama

Mega Alif Manufacturer berfokus kepada kebaikan kelapa secara umum sebelum menerapkan dalam pelbagai produk yang diketengahkan mereka. Mereka melakukan kajian dan pembangunan sendiri untuk memberi nilai tambah kepada minyak kelapa dara supaya lebih berkhasiat dan lebih banyak manfaatnya, bahkan boleh digunakan dalam pelbagai cara. Di samping itu, mereka turut mengambil masa untuk memasarkan serta mendidik masyarakat mengenai minyak kelapa dara yang benar-benar memberikan kesan baik kepada kesihatan.

Fakta Menarik

Pada mulanya hanya perniagaan keluarga, Mega Alif Manufacturer kini sudah berpengalaman luas sejak beroperasi pada tahun 2004. Terdapat sekurang-kurangnya tujuh variasi produk berasaskan kelapa dara yang boleh dicuba dari mereka.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top