Gerai Go Digital,
11.48

EP.1 Chiki Chicken & Squid Menerokai Pasaran Online

14 Apr 2020

Gerai Go Digital

Gerai On Digital merupakan satu pilot projek radio eFM menyokong dan membantu peniaga gerai makanan khususnya peniaga pasar malam, gerai tepi jalan dan peniaga bazar Ramadhan yang terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak pandemik Covid 19Melalui projek ini yang merangkumi eFM Pasar Malam Box dan eFM Bazar Ramadhan Box berkonsepkan membantu usahawan mikro ini mendapat pelanggan dan pendapatan berterusan melalui gaya pemasaran baru iaitu secara digital. Ia juga dapat membantu lebih ramai penghantar makanan menambah rezeki sepanjang PKP ini.

Ep 1. Chiki Chicken & Squid Menerokai Pasaran Online

Gerai On Digital kali ini menampilkan seorang peniaga gerai ayam gunting di Taman Medan Petaling Jaya yang menghadapi cabaran perniagaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak pandemik COVID 19. Jika sebelum PKP, pelanggan beliau datang membeli setiap hari tapi sejak PKP ini, beliau terpaksa mempelajari sesuatu yang baru dalam strategi pemasaran iaitu secara digital.

Isi Utama

Melalui podcast kali ini menampilkan pengalaman dan cabaran pemilik Chiki Chicken & Squid , En Muhammad Izham b Sulimin yang menjalankan bisnes menjual ayam gunting sepanjang tempoh PKP. Beliau yang sebelum ini kurang menggunakan media sosial sebagai alat pemasaran tetapi kini terpaksa meneroka pelbagai medium digital untuk menmbusi pasaran lebih luas. Ini secara tak langsung, beliau mendapat ilmu baru dalam menjalankan perniagaan gerai beliau dan sesuatu yang menarik untuk dipelajari.

Fakta Menarik

Jika sebelum ini ramai usahawan mikro termasuk peniaga gerai tidak menjadikan digital sebagai alat pemasaran tetapi akibat PKP dan COVID 19, ia memberikan satu perspekstif baru kepada peniaga-peniaga gerai untuk mengekploitasi digital sebagai medium pemasaran yang baru.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top