Malaysia Halal Expo 2019,
55:34

Ep01. Apa Kaitan Perusahaan Makanan dan Sijil Halal?

23 Jan 2019

Ep 01. Apa Kaitan Perusahaan Makanan dan Sijil Halal?

Siri podcast ini merangkumi setiap slot program dalam Malaysia Halal Expo 2019 dari sesi perbincangan industri sebelum bermulanya Malaysia Halal Expo 2019 sehinggalah forum yang berlangsung dari 24 Januari 2019 sehingga 26 Januari 2019. Malaysia Halal Expo 2019 merupakan platform yang mempamerkan produk serta perkhidmatan halal dari SME Malaysia untuk pasaran serantau dan global. Malaysia Halal Expo 2019 juga membuka peluang bagi SME di Malaysia untuk mengeksport produk dan perkhidmatan Halal mereka ke Jepun selaras dengan Tokyo Olympic & Paralympic Games 2020 (Tokyo 2020).

Kupasan Episod

Episod ini merupakan sesi Industry Talk yang dianjurkan oleh eFM sempena #MHE2019 pada 16 Januari 2019 berjudul “Malaysia Halal F&B : On The Road To Japan” yang disertai empat industry expert sebagai panelis dari pelbagai latar belakang; iaitu Dato Dr Sirajuddin Pengarah JAKIM Halal Hub, En. Rithaudden Makip, Timbalan CEO SME Corp Malaysia, Puan Shukuriah Abd Ghaffar, Pemilik halal F&B bisnes AdeqSue, YM Engku Isa Al- Husam seorang pemilik rangkaian pasaraya di Arab Saudi dan moderator En. Yani Hardinata, Pengarah Urusan Ladangku Maju. Antara isu yang dikupaskan ialah perbezaan antara halal serta piawaian Halal yang dijamin oleh JAKIM serta halangan bagi pihak usahawan peringkat kecil dan sederhana (SME) daripada memohon sijil halal JAKIM. Selain itu, perkongsian dari Cik Shukuriah Abd Ghafar, pemilik jenama AdeqSue mengenai impak positif sijil halal kepada perniagaannya serta proses memasuki pasaran Arab Saudi bagi jenama Malaysia juga turut dibincangkan.

Fakta Menarik

Penjualan produk AdeqSue meningkat sebanyak 900 peratus selepas berjaya mendapatkan sijil halal dari pihak JAKIM!

 

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top