BICARA EKSPRES MAJU BERSAMA AFFINBANK DAN AFFIN ISLAMIC BANK,
29.35

EP.6 PERNIAGAAN ‘START-UP’ MAMPU BERSAING DAN BERJAYA JIKA ADA KESUNGGUHAN

02 Nov 2020

EP.6 PERNIAGAAN ‘START-UP’ MAMPU BERSAING DAN BERJAYA JIKA ADA KESUNGGUHAN

PhysioMobile yang diusahakan dua anak muda lulusan UIA iaitu Mohd Nidzam Yatimidan Mohd Saiful telah beroperasi sejak 2016 memfokuskan rawatan fisioterapi terus ke rumah dan turut beroperasi di 6 pusat klinik PysioMobile. Mereka juga memberi khidmat kepada syarikat korporat, servis konsultasi, ceramah pencegahan untuk gangguan sakit belakang, menyediakan rehab secara komprehensif dan intensif kepada pesakit bermasalah neurologi, kecederaan sukan, pediatrik, geriatrik dan telah menjalani pembedahan. Bersadarkan kekuatan 40 Ahli Fisioterapi, PysioMobile telah mendapat pengiktirafan 4 star rating untuk SME SCORE dari SME CORP Malaysia dan dalam fasa mengembangkan bisnes ke arah francais.

Isi Utama

Kali ini, Bicara Ekspress membawakan perniagaan ‘start-up’, Pysiomobile yang diusahakan oleh dua anak muda, Mohd Nizam dan Mohd Saiful. Walaupun perniagaan ini baru bertapak sekitar 4 tahun, namun kejayaan mereka mengembangkannya dengan 6 buah cawangan membuktikan bahawa perniagaan yang baru boleh berjaya melalui disiplin dan sistem yang betul. Apa yang penting adalah ilmu dan kemahiran digabungkan dengan sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan, tanpa melihat kepada usia sesuatu bisnes itu.

Fakta Menarik

Kesimpulannya, usia sesuatu perniagaan itu samada ada ianya masih dikategorikan sebagai ‘start-up’ atau sebaliknya bukanlah penghalang untuk mengecapi kejayaan. Apa yang penting kesungguhan dan tahu menggunakan peluang dan ilmu dalam mengembangkan bakat dan keinginan untuk berjaya.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top