Bisnes Makeover,
17:27

EP 288 UBAH MINDA USAHAWANTANI TEKNIK PEMASARAN TERUS KEPADA PENGGUNA

01 Oct 2020

EP 288 UBAH MINDA USAHAWANTANI TEKNIK PEMASARAN TERUS KEPADA PENGGUNA

Bisnes Makeover kali ini ingin membantu usahawan yang juga usahwantani yang terlibat secara langsung dengan perniagaan sayur-sayuran atau hasil tani. Kebanyakan petani moden mempunyai masalah untuk menjual hasil tani mereka dan terpaksa menjual melalui peraih atau pemborong. Bagaimana usahawan dengan genre sebegini boleh menjual direct kepada end user dan bagaimana untuk mereka lakukan sosial media sebagai medium pemasaran?

Isi Utama

Episod kali ini sekali lagi membawakan pakar pemasaran media sosial iaitu Coach Syafiq Taib, dari Ads Nomads yang ingin membantu usahawantani mengiklankan hasil tanaman mereka secara terus kepada pelanggan menggunakan media sosial yang mudah, murah dan capai ke kumpulan sasaran yang betul. Juga, beliau berkongsi bagaimana untuk usahawantani boleh mengubah minda untuk lebih kreatif melalui pemasaran secara digital.

Fakta Menarik

Kesimpulan dari episod ini adalah setiap cabang bisnes boleh memasarkan produk mereka melalui media sosial tetapi perlulah dilakukan secara kerap, content menarik dan yang penting menyasarkannya dengan betul. Masalah yang kerap berlaku adalah usahawan ini kurang ilmu dan masih terbatas dengan cara konvensional.

 

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top