EP 282 BUKA AKAUN SYARIKAT MUDAH JUKA IKUT LANGKAH BETUL
Episod Bisnes Makeover kali ini, Nana Mahazan memberikan tips untuk usahawan yang baru nak mulakan bisnes. Pastinya, ramai usahawan yang masih tak tahu nak mulakan dari mana tapi dah berkobar-kobar nak mulakan bisnes.
Isi Utama
Satu lagi perkara yang penting dalam memulakan bisnes adalah pembukaan akaun bank syarikat dan ianya penting untuk usahawan memahami langkah-langkah yag perlu diambil oleh mereka. Terbukti ada usahawan yang tidak membuka akaun syarikat dan hanya menggunakan akaun peribadi untuk urusan keluar masuk wang dan ia tidak bagus untuk masa depan bisnes.
Fakta Menarik
Menariknya, perkongsian oleh Nana Mahazan di dalam episod ini adalah cara mudah untuk usahawan amalkan untuk membuka akaun syarikat dan ianya penting untuk rekod keluar masuk wang perbelanjaan dan pendapatan syarikat.