Bisnes Makeover,
21:35

EP 273 MANA LEBIH BAGUS, CONTENT BANYAK ‘LIKES” ATAU DIKONGSI?

01 Oct 2020

EP 273 MANA LEBIH BAGUS, CONTENT BANYAK ‘LIKES” ATAU DIKONGSI?

Hampir semua usahawan memiliki fb, Instagram dan pelbagai medium pemasaran yang sangat murah dan mudah. Malah, mereka menjadikan media sosial tersebut sebagai alat memasarkan produk atau perkhidmatan mereka. Tetapi, persoalannya sejauh mana teknik marketing melalui media sosial yang dilakukan boleh mencapai sasaran yang betul? Adakah apa yang mereka post akan dibaca?

Isi Utama

Episod kali ini, Coach Syafiq Taib dari Ads Nomads menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh Nana Mahazan mengenai usahawan yang merungut dengan sasaran pelanggan mereka tak dapat dicapai walaupun mempunyai pelbagai media sosial untuk promosi produk atau servis bisnes mereka. Melalui episod ini, Coach Syafiq sebagai pakar pemasaran digital memberikan panduan untuk usahawan mencapai sasaran yang betul dan lebih meluas.

Fakta Menarik

Coach Syafiq menasihati usahawan agar mereka menggunakan content yang menarik agar apa yang dikongsikan di media sosial di kongsi dengan lebih meluas berbanding diberi tanda ‘suka’ walaupun lebih banyak tanda ‘suka’ memberi persepsi bagus untuk bisnes.

 

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top