EP 272 PENGUSAHA MEE KUNING BUMIPUTERA BOLEH BUKTIKAN KEMAMPUAN PEMASARAN MELALUI MEDIA SOSIAL
Sekali lagi, Nana Mahazan menemubual Coach Syafiq dari Ads Nomads yang berkongsi dan membantu usahawan Bumiputera menggunakan media sosial sebagai medium promosi produk bisnes yang bukan genre atau kebiasaan mereka seperti pengeluar dan peniaga mee kuning.
Isi Utama
Kali ini, Coach Syafiq Taib berikan nasihat dan panduan kepada pengusaha mee Bumiputera untuk mereka menggunakan content menarik melalui media sosial untuk menarik perhatian pelanggan. Juga, bagaimana usahawan mee kuning Bumiputera boleh bersaing secara sihat dengan peniaga mee yang lain, dan semuanya mestilah melalui media sosial sebagai alat promosi.
Fakta Menarik
Kesimpulannya, usahawan Bumiputera yang menceburi bisnes mee ini tidak perlu khuatir mengenai pemasaran kerana melalui media digital yang lebih murah tetap melangkaui sempadan, dapat membantu mereka mempromosikan produk mereka dengan berkesan.