Bisnes Makeover,
16:12

EP 270 PENGUSAHA TAUCHU DAN TAUHU BUMIPUTERA MUDAH DIKENALI MELALUI PEMASARAN DIGITAL

24 Sep 2020

EP 270 PENGUSAHA TAUCHU DAN TAUHU BUMIPUTERA MUDAH DIKENALI MELALUI PEMASARAN DIGITAL

Bisnes Makeover pada episod kali ini menampilkan Coach Syafiq Taib, Pakar Pemasaran Digital dari Ads Nomads yang berkongsi dengan para pendengar mengenai teknik dan tips mempromosikan produk bisnes yang masih baru dan bagaimana untuk menarik lebih ramai sasaran pelanggan yang boleh dicapai.

Isi Utama

Kali ini, Nana Mahazan mengupas dan mengorek tips dari Coach Syafiq Taib untuk membantu usahawan Bumiputera yang terlibat dalam bidang bisnes bukan kebiasaan iaitu tauchu dan tauhu yang kita semua tahu ianya adalah satu bidang bisnes yang dimonopoli oleh bangsa Cina. Namun begitu, sejak kebelakangan ini, jenis bisnes ini mula menarik minat usahawan Bumiputera dan mereka agak kurang dikenali dan diketahui kerana kurang promosi.

Fakta Menarik

Coach Syafiq berkongsi teknik yang boleh digunakan atau diimplementasi melalui media sosial yang popular seperti FBAds dan IG Story yang sesuai membantu usahawan kerana murah dan mudah mencapai sasaran pelanggan yang lebih luas.

 

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top