EP 269 RAKAN KONGSI HEBATKAN BISNES ATAU MENGHANCURKANNYA?
Kali ini, Bisnes Makeover akan memberikan nasihat dan tip bagaimana untuk menjalankan bisnes dengan rakan kongsi. Walaupun ramai yang lebih berminat menjalankan bisnes secara bersendirian, namun ramai juga pakar berkata adalah lebih baik mempunyai rakan kongsi agar perkara yang sukar dapat dilakukan bersama dan boleh meringankan. Benarkah begitu?
Isi Utama
Nana Mahazan berkongsi nasihat dan cara-cara yang boleh anda lakukan dalam berurusan dengan rakan kongsi agar pembahagian kerja dapat dilakukan dengan seimbang, mengikut kepakaran, tiada rasa dipinggirkan atau terbeban dan sebagainya. Apa pun, mempunyai rakan kongsi boleh meringkankan beban tetapi ada kala jika silap langkah, boleh menghancurkan!
Fakta Menarik
Apa yang menarinya, usahawan yang berniaga bersendirian dan sering takut bila ada rakan kongsi, perlu membuang perasaan tersebut dan lebih terbuka. Supaya kerja dan bisnes lebih hebat dengan pelbagai idea, bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.