Bisnes Makeover,
17:15

EP 253 ADAKAH USAHAWAN BISNES ONLINE DIPINGGIRKAN PUNB?

10 Sep 2020

EP 253 ADAKAH USAHAWAN BISNES ONLINE DIPINGGIRKAN PUNB?

Episod Bisnes Makeover kali ini melihat kepada peranan PUNB yang membantu usahawan bisnes secara online. Berniaga online juga ada potensi berkembang dan banyak usahawan online berjaya dan bertaraf milionare hari ini. Tetapi, adakah pihak PUNB mempunyai syarat berbeza untuk memberi bantuan kepada perniagaan secara online berbanding fizikal? Adakah jenis-jenis perniagaan online yang tertentu saja untuk dibantu?

Isi Utama

Perbincangan pada episod kali ini, menampilkan Puan Norhazreen Ab Ghani, Ketua Unit Pemasaran & Pembangunana Usahawan PUNB yang ditemubual oleh Nana Mahazan dan mereka memfokuskan kepada untuk membantu usahawan bisnes online dari aspek bantuan pembiayaan kewangan. Pastinya, PUNB mempunyai beberapa kriteria dan syarat ditetapkan untuk memastikan usahawan yang dibantu benar-benar serius dan ingin mengembangkan bisnes mereka.

Fakta Menarik

Kesimpulannya, PUNB sememangnya akan membantu usahawan samada mereka menjalankan bisnes secara online atau offline dan mereka perlu mematuhi syarat ditetapkan. Jika ingin mendapatkan lebih banyak info, usahawan yang berminat boleh menghubungi terus ibu pejabat PUNB di Kuala Lumpur atau cawangan-cawangan di negeri-negeri berkaitan.

 

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top