Bisnes Makeover,
11:58

EP 249 UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI SUPAYA TAK BELANJA BERLEBIHAN

10 Sep 2020

EP 249 UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI SUPAYA TAK BELANJA BERLEBIHAN

Episod Bisnes Makeover kali ini mengupas mengenai sikap usahawan dan operasi bisnes yang berbelanja di luar kemampuan atau lebih tepat, belanja lebih dari pendapatan. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri tetapi kerap juga usahawan yang tidak mempedulikan pepatah dan nasihat tersebut hingga menjerumuskan mereka ke lembanh hutang yang besar.

Isi Utama

Alasan untuk kelihatan berjaya, nampak mewah dan sering menganggap sebagai modal bisnes, menyebabkan ramai usahawan berbelanja lebih dari pendapatan dengan harapan akan dapat keuntungan berlebihan pada bulan berikutnya. Tetapi, apa yang diharapkan tidak terjadi menjadikan hutang mereka semakin bertambah. Malah, ada juga yang mengambil kakitangan yang ramai hingga tidak mampu membayar gaji dan elaun seperti yang dijanjikan.

Fakta Menarik

Melalui episod ini, telah dikongsikan betapa pentingnya perancangan kewangan yang tersusun dan berhati-hati dilakukan agar tidak berlaku ketirisan perbelanjaan dalam operasi syarikat. Sebagai usahawan yang sering menitik beratkan perbelanjaan berhemah, mereka perlu sentiasa mempunyai dan mengemaskini akaun setiap masa supaya dapat menjaga aliran tunai dengan baik.

 

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top