EP 243 BENARKAH EMAIL MARKETING KETINGGALAN ZAMAN?
Kali ini Bisnes Makeover berkongsi tips menggunakan email marketing sebagai alat pemasaran yang murah dan berkesan walaupun semakin kurang mendapat perhatian dan digunakan oleh usahawan. Ada pendapat menyatakan email marketing adalah cara yang paling efektif untuk membangun koneksi dengan calon pelanggan anda dan mengarahkan mereka menjadi pelanggan setia anda. Tetapi, ada juga pendapat mengatakan email marketing sudah hampir “mati” dan tidak relevan terutama untuk small business. Benarkah begitu?
Isi Utama
Melalui episod kali ini Coach Syafiq Taib, sifu pemasaran digital dari Ads Nomads berkongsi pandangan dan tips bagaimana untuk menjadikan email marketing sebagai alat pemasaran yang efektif walaupun ianya semakin kurang mendapat sambutan. Beliau juga memberikan idea agar strategi untuk pelanggan sasaran tepat membuka email yang dihantar dan seterusnya berminat dengan produk atau khidmat ditawarkan.
Fakta Menarik
Perlu diketahui, kebanyakan syarikat dan perusahaan yang sudah popular, besar dan ‘established’ masih menggunakan email marketing sebagai medium pemasaran mereka walaupun terdapat pelbagai medium pemasaran lebih popular. Pastinya email marketing mempunyai kelebihan tersendiri dan Coach Syafiq Taib ada rahsianya.