Bisnes Makeover,
19:08

EP 242 BAGAIMANA NAK TARIK FOLLOWERS YANG BETUL?

08 Sep 2020

EP 242 BAGAIMANA NAK TARIK FOLLOWERS YANG BETUL?

Bisnes Makeover episod ini menampilkan seorang sifu pemasaran digital, Coach Syafiq Taib dari Ads Nomads yang berkongsi tips untuk menarik ramai followers atau pengikut di Instragram dan Facebook berkaitan bisnes. Pastinya semua usahawan mengimpikan IG dan FB mereka mempunyai followers yang ramai yang menunjukkan bahawa bisnes mereka sentiasa mendapat tanda ‘suka’ atau likes yang banyak dan boleh mempengaruhi pelanggan mereka.

Isi Utama

Episod ini melalui segmen Cuba Try Test Share, Nana Mahazan mengorek rahsia dari Coach Syafiq Taib untuk usahawan menambah dan menarik followers yang ramai. Tetapi, adakah memiliki followers yang ramai belum tentu mendapat audiens yang ramai. Malah, ada juga usahawan yang mempunyai followers yang sedikit di ig atau fb tetapi mempunyai audiens yang ramai. Bagaimana ini boleh berlaku dan apa kelebihan memiliki audiens yang ramai. Semuanya dijawab oleh Coach Syafiq Taib di episod menarik ini.

Fakta Menarik

Memiliki pengikut dan mempunyai audiens di IG dan FB adalah dua perkara berbeza dan Coach Syafiq Taib telah berkongsi betapa pentingnya mempunyai pengikut dan audiens yang betul agar apa yang dipasarkan di IG Story dan FB Ads memberi kesan kepada urusniaga bisnes.

 

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top