Bisnes Makeover,
17:36

EP 240 MAMPUKAH IG STORY MENINGKATKAN JUALAN BISNES?

08 Sep 2020

EP 240 MAMPUKAH IG STORY MENINGKATKAN JUALAN BISNES?

Bisnes Makeover kali ini menampilkan seorang sifu IG Story, Coach Syafiq Taib yang akan membantu usahawan mendalami ilmu mengenai G Story yang semakin mendapat perhatian sebagai medium pemasaran berkesan dalam mempromosikan produk dan servis bisnes tanpa sempadan.

Isi Utama

Episod kali ini, Nana Mahazan mengorek rahsia dan tips dari Coach Syafiq Taib, Sifu Media Sosial dari Ads Nomads dan Syafiq Taib Digital yang banyak berkongsi bagaimana media sosial mampu menjana keuntungan melalui teknik dan strategi yang betul. Ramai usahawan yang merungut sebab jualan tak meletop. Followers kat ig dan fb dah cecah ribu-ribu tapi sales still tak boleh cecah ribu-ribu juga. Apa sebabnya ye? Adakah sebab salah produk? Atau silap pencaturannya? Atau strategi pemasaran yang kurang sesuai? Atau medium pemasaran yang tak sesuai? Pastinya episod kali ada jawapan kepada persoalan tersebut.

Fakta Menarik

Coach Syafiq Taib berkongsi kelebihan menggunakan IG Story dalam mempromosikan produk dan servis bisnes selain ianya sangat mudah untuk dibina dan diuruskan. Melalui beberapa pendekatan dan teknik mudah, membolehkan usahawan-usahawan mengiklankan produk dan servis mereka dengan cepat dan ringkas.

 

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top