Bisnes Makeover,
13:30

EP 236 JANGAN HANYA BERNIAGA TIGA TAHUN SEBAB ABAIKAN TIPS ASAS BERNIAGA

08 Sep 2020

EP 236 JANGAN HANYA BERNIAGA TIGA TAHUN SEBAB ABAIKAN TIPS ASAS BERNIAGA

Episod Bisnes Makeover kali ini mengupas bagaimana untuk usahawan pemula atau ‘start up’ untuk menambah baik bisnes mereka agar mereka tidak terhenti di tengah jalan. Ramai usahawan baru yang hanya mampu bertahan dalam tempoh kurang 3 tahun kerana tidak mempunyai persediaan rapi dalam mengharungi cabaran bisnes yang di luar jangkaan.

Isi Utama

Nana Mahazan selaku hos Bisnes Makeover berkongsi tips dan perkara-perkara yang perlu diambilkira oleh usahawan pemula atau ‘start up’ agar mereka bukan hanya sekadar memenuhi senarai usahawan di negara ini tetapi lebih kepada usahawan yang mampu bersaing, mampan dan berdaya maju setanding dengan usahawan berjaya lain. Antara tips yang penting adalah pengurusan kewangan dan mendidik kakitangan agar sentiasa cekap dan efektif kepada bisnes dan pelanggan.

Fakta Menarik

Ramai usahawan dan pemilik bisnes terlepas pandang beberapa perkara seperti pengurusan kakitangan yang cekap, mampu menarik pelanggan, mesra dan tidak lupa juga mempunyai kemampanan dalam bisnes untuk tempoh yang panjang. Tips yang dikongsikan Nana Mahazan amat berguna dan perlu diamalkan oleh usahwan yang ingin berjaya.

 

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top