EP 232 PENJENAMAAN SEMULA MAMPU UBAH NASIB BISNES YANG TENGGELAM
Episod Bisnes Makeover kali ini membincangkan menegenai Penjenamaan yang mampu mengubah sesuatu bisnes kepada 360 darjah! Apa yang ada pada jenama? Kenapa jenama sangat penting dalam perniagaan sehingga sesetengah syarikat di negara maju sanggup melabur sampai jutaan ringgit untuk memperkembangkan jenama produk mereka?
Isi Utama
Kali ini melalui segmen Cuba Try Test Share, Nana Mahazan mengorek idea dan tips dari Anne Idris, pemilik My Mum’s Bakery dan ikon usahawan tersohor bagaimana beliau membuat penjenamaan My Mum’s Bakery dan Anne Idris menjadi terkenal dan popular di seluruh Malaysia dan luar negara. Anne Idris juga berkongsi tips untuk usahawan amalkan dalam membuat penjenamaan semula bisnes dan produk mereka agar mampu bersaing ke peringkat lebih tinggi.
Fakta Menarik
Penjenamaan, secara kesimpulannya adalah satu sentimen dan perspektif yang diletakkan oleh masyarakat ke atas perniagaan. Namun, ada jenama dikenali tapi kurang dipercayai dan disukai pelanggan! Anne Idris berkongsi apa alasannya dan bagaimana untuk mengatasinya!