EP 228 TEKNIK SALAMAN PUN BOLEH MENGUBAH URUSNIAGA ANDA SEKELIP MATA
Kali ini, Bisnes Makeover masih menekankan lagi betapa pentingkan teknik komunikasi yang betul dan tepat untuk menarik pelanggan dan terus kekal bersama, setia selamanya. Komunikasi memainkan peranan penting samada ia boleh menjauhkan pelanggan dari kita atau mendekatkan lagi dengan kita.
Isi Utama
Episod kali ini Nana Mahazan berkongsi bagaimana komunikasi seperti cara salaman, cara memandang, cara bercakap, ayat-ayat yang sesuai dan sebagainya boleh mempengaruhi kejayaan sesebuah perbincangan dan jualan. Teknik salaman juga memberikan maksud-maksud yang tersirat dan boleh memberikan pelbagai pengertian dalam urusniaga anda.
Fakta Menarik
Kali ini, beberapa teknik komunikasi yang dikongsikan lebih menjurus kepada jenis ayat komunikasi yang boleh mengubah bisnes anda lebih baik. Juga teknik salaman untuk usahawan yang boleh diamalkan dalam urusniaga.