Bisnes Makeover,
11:03

EP 227 BERKOMUNIKASI DENGAN BAIK MENGUBAH PERSEPSI BISNES

08 Sep 2020

EP 227 BERKOMUNIKASI DENGAN BAIK MENGUBAH PERSEPSI BISNES

Episod kali ini berkongsi bagaimana komunikasi boleh membuatkan bisnes anda bertambah baik, Dalam apa jua bentuk perniagaan atau pekerjaan, komunikasi amat diperlukan. Komunikasi di antara pengusaha dan pelanggan, sesama rakan, tetamu atau sesiapa saja tidak dapat dielakkan dan kesilapan mengatur teknik komunikasi mampu menjadikan bisnes kita merundum dan gagal

Isi Utama

Nana Mahazan berkongsi tips kepada usahawan bagaimana memahirkan diri dari aspek komunikasi kerana ramai beranggapan komunikasi lebih kepada percakapan tetapi komunikasi ini sangat meluas termasuklah lenggik badan, memek muka, cara penulisan, frasa-frasa ayat dan pelbagai lagi. Ini semua berkait rapat dengan sasaran pelanggan yang sesuai mengikut pelbagai kategori seperti umur, latar belakang, jantina dan pelbagai lagi.

Fakta Menarik

Tidak dinafikan kejayaan sesebuah perniagaan adalah datang daripada kemahiran peneraju yang berjaya menyampaikan komunikasi dengan jaya kepada pelanggan / rakan niaga dan pekerja bawahannya sendiri.

 

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top