Bisnes Makeover,
24:58

EP 224 TEKANAN PERASAAN DAN TAK MENGAWAL EMOSI BOLEH MEMBUNUH BISNES!

08 Sep 2020

EP 224 TEKANAN PERASAAN DAN TAK MENGAWAL EMOSI BOLEH MEMBUNUH BISNES!

Sedar atau tidak, setuju atau tidak semua usahawan akan meghadapi dan merasai tekanan dan cabaran dalam usaha mereka menjayakan visi dan matlamat bisnes mereka. Cabaran dan tekanan akan datang dari pelbagai sudut termasuklah pelanggan, kakitangan, pembekal dan pelbagai lagi. Hanya usahawan yang mempunyai jiwa yang besar mampu menyerap tekanan dan tidak terikut-ikut dengan emosi dalam membuat tindakan dan keputusan. Bagaimana untuk menguruskan tekanan yang mendatang ini?

Isi Utama

Ada usahawan yang terpaksa menutup bisnes mereka kerana tak mampu menyerap tekanan negatif dalam urusan perniagaan. Ada usahawan yang tidak mengambil jalan betul dan tepat dalam mengatasi masalah hingga menjejaskan hubungan beliau dengan kakitangan dan orang sekeliling. Adakah terdapat strategi untuk mengatasi tekanan yang berkaitan bisnes? Mungkin Tuan Haji Fadzli Yusof, Guru Mindset Usahawan mempunyai tips dan nasihat untuk usahawan-usahawan lebih proaktif menangani tekanan dalam menguruskan perniagaan mereka di segmen Cuba Try Test Share!

Fakta Menarik

Tuan Hj Fadzli Yusof, Guru Mindset Usahawan yang banyak menulis buku motivasi ini telah berkongsi teknik bagaimana untuk usahawan mengawal minda dan mengatasi tekanan yang datang tanpa diundang dalam melalui sepak terajang bisnes.

 

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top