Bisnes Makeover,
13:47

EP 218 MINTA RM300K, DAPAT RM100K! KENAPA DAN MENGAPA?

08 Sep 2020

EP 218 MINTA RM300K, DAPAT RM100K! KENAPA DAN MENGAPA?

Bisnes Makeover kali ini membincangkan isu berkenaan PUNB yang merupakan sebuah agensi kerajaan yang memberikan bantuan kewangan, kursus keusahawanan dan penyediaan ruang perniagaan kepada usahawan terutama usahawan yang ingin membesarkan perniagaan mereka. Tetapi, sejak kebelakangan ini ada rungutan dari usahawan yang menyatakan permohonan mereka tidak diluluskan dan ada yang tidak mendapat jumlah pinjaman yang diperlukan. Ini menyukarkan mereka untuk membesarkan dan menambahbaik bisnes mereka

Isi Utama

Kali ini Nana Mahazan menemubual En Asyrul Yusof, Eksekutif Kanan PUNB yang menjelaskan masalah dan persoalan yang kerap dikemukakan oleh usahawan yang ingin mendapatkan bantuan pembiayaan dari PUNB tetapi tidak mendapat bantuan seperti yang diharapkan. Contohnya, mereka memohon RM300,000 tetapi hanya mendapat kelulusan RM100,000 saja, jauh dari sasaran mereka dan menyebabkan perancangan untuk menambahbaik bisnes mereka tergendala.

Fakta Menarik

Menariknya, PUNB menjelaskan bahawa usahawan yang mendapat bantuan pembiayaan tidak seperti diharapkan terus menerima bantuan dan permohonan baru boleh dibuat selepas satu tempoh yang sesuai. Pihak PUNB sebagai agensi berpengalaman pasti mempunyai perkiraan yang tepat untuk memastikan usahawan yang dibantu dapat membayar semula pinjaman mengikut tempoh ditetapkan dan tidak sewenang-wenangnya memberi pinjaman diluar kemampuan usahawan terlibat.

 

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top