Bisnes Makeover,
15:13

EP 216 BOLEH KE PENGUSAHA RESTORAN MENU LUAR NEGARA DIBANTU PUNB?

08 Sep 2020

EP 216 BOLEH KE PENGUSAHA RESTORAN MENU LUAR NEGARA DIBANTU PUNB?

Bisnes Makeover kali ini mengupas dan berbincang untuk menambah baik bisnes makanan yang bukan tradisi rakyat Malaysia. Ini termasuklah bisnes makanan dari luar negara dan adakah terdapat agensi kerajaan yang terlibat dalam bidang keusahawanan seperti PUNB akan memberikan bantuan kewangan kepda pengusaha bisnes seperti itu?

Isi Utama

Melalui segmen Cuba Try Test Share yang dikendalikan oleh Nana Mahazan, En. Asyraf Yusof, Eksekutif Kanan, Unit Pemasaran dan Pembangunan Usahawan PUNB telah mendedahkan bahawa sebagai sebuah agensi yang telah dimanahkan, PUNB turut menyediakan pakej-pakej pembiayaan kewangan dan nasihat kepada usahawan-usahawan Bumiputera yang berkecimpung dalam bisnes makanan yang bukan tradisi rakyat Malaysia. Contohnya, pengusaha restoran makanan Jepun yang ingin mengembangkan bisnes atau menambah cawangan asalkan mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh PUNB.

Fakta Menarik

Menariknya, pihak PUNB tidak mendiskriminasi dalam membantu usahawan menambah baik bisnes mereka termasuk bisnes yang mempunyai produk bukan tradisi dan kebiasaan rakyat malaysia, asalkan ianya tidak menyalahi undang-undang, menepati syarat dan mampu membayar semula megikut terma ditetapkan.

 

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top