Bisnes Makeover,
15:33

EP 212 PENGUSAHA CENDOL DAN ROJAK TEPI JALAN TAK PERNAH DILUPAKAN OLEH TEKUN NASIONAL

02 Sep 2020

EP 212 PENGUSAHA CENDOL DAN ROJAK TEPI JALAN TAK PERNAH DILUPAKAN OLEH TEKUN NASIONAL

Kali ini Nana Mahazan akan memfokuskan bagaimana untuk menambah baik bisnes makanan dan minuman seperti pengusaha cendol dan rojak gerai tepi jalan atau motor  yang ingin mengembangkan bisnes mereka dan adakah terdapat agensi kewangan yang sanggup membantu mereka?

Isi Utama

Sekali lagi, Bisnes Makeover menembual wakil TEKUN Nasional, En Mohd Yusri b Mohd Yusof, Ketua Jabatan Pengurusan Pembiayaan TEKUN Nasional untuk berkongsi syarat dan kriteria yang TEKUN tetapkan untuk membantu usahawan-usahawan dan pengusaha cendol dan rojak yang menjalankannya secara gerai atau motosikal roda tiga untuk mengembangkan bisnes mereka ke peringkat lebih tinggi termasuk membuka cawangan atau berpindah ke premis yang lebih selesa.

Fakta Menarik

Menariknya, episod kali ini TEKUN Nasional menyentuh bantuan yang disediakan untuk pengusaha cendol dan rojak ke tahap lebih baik, seperti dari gerai atau motosikal roda tiga kepada foodtruck atau premis yang lebih selesa. Sebagai agensi yang berperanan membantu usahawan-usahawan, TEKUN Nasional menyediakan bantuan dengan syarat mudah dan minima.

 

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top