BICARA EKSPRES MAJU BERSAMA AFFINBANK DAN AFFIN ISLAMIC BANK,
18:25

EP.2 AFFINBANK SENTIASA MEMBANTU MENCAPAI IMPIAN RAKAN NIAGA MEREKA

25 Oct 2020

EP.2 AFFINBANK SENTIASA MEMBANTU MENCAPAI IMPIAN RAKAN NIAGA MEREKA

Ingin ketahui pengalaman dan cabaran dihadapi salah seorang Rakan Niaga AFFINBANK? Juga perkongsian bantuan oleh AFFINBANK yang diterima oleh WORQ. Sesi Bicara Ekspres kali ini menemubual Mr Andrew Yeow, Pengasas WORQ Co Working Space oleh DJ Arizal.

Isi Utama

Bicara Ekspres yang dimajukan oleh AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC Bank kali ini menampilkan seorang usahawan, Andrew Yeow yang merupakan Pengasas dan juga Ketua Pegawai Kewangan kepada syarikat WORQ yang merupakan “co-working space”. Menariknya, WORQ yang telah dibangunkan sejak 4 tahun lalu, kini memiliki 4 cawangan dengan keluasan ruang kerja 100,000 kp dan menyasarkan sehingga 1,000 000 kp dalam tempoh 12 bulan akan datang. Andrew berkongsi pelbagai pengalaman dan cabaran beliau hadapi sepanjang membangunkan WORQ dan kini sedang berusaha untuk mengembangkannya ke peringkat lebih tinggi.

Fakta Menarik

Walaupun masih berusia 4 tahun, anak muda ini, Andrew Yeow membuktikan dengan kesungguhan, ilmu bisnes dan memahami kehendak pasaran mampu menjadikan sebuah bisnes boleh berdaya saing dan kini WORQ menjadi jenama ketiga yang berjaya dalam bidang penyediaan dan sewaan ruang kerja di Malaysia.

 

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top