BICARA EKSPRES MAJU BERSAMA AFFINBANK DAN AFFIN ISLAMIC BANK,
25:34

EP.11 ANNE IDRIS PENGASAS MY MUMS BAKERY USAHAWAN CEKAL DAN KENTAL

13 Nov 2020

EP.11 ANNE IDRIS PENGASAS MY MUMS BAKERY USAHAWAN CEKAL DAN KENTAL

Anne idris adalah pengasas kepada My Mum’s Bakery yang diusahakan pada tahun 2006 sehingga kini. Setelah hampir 15 tahun di dalam perniagaan, pelbagai anugerah dan pengiktirafan telah beliau perolehi antaranya Anugerah usahawan TEKUN 2017, Business Ikon MARA & Perunding, Business Ikon MDEC, eusahawan, Business Ikon UNIFI, Ikon WISE MARA, Anugerah Ikon Usahawan Muda Nasional 2019, Mentor Program Wanita Cukup Berani, MAGGI 2020 dan pelbagai lagi. Jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Anne Idris dan My Mum’s Bakery, anda boleh mendapatkannya melalui Instagram : mymumsbakery

Isi Utama

Bicara Ekspres kali ini menemubual seorang usahawan wanita muda yang telah melakar pelbagai kejayaan sehingga mendapat pelbagai pengiktirafan dan anugerah. Tetapi, kejayaan ini bukanlah semudah yang diucapkan dan perlu melalui pelbagai pahit getir. Itulah perkongsian dari Anne Idris, Pengasas dan Pemilik jenama My Mum’s Bakery yang berkongsi pengalaman dan cabaran beliau sepanjang bergelar usahawan. Pastinya kejayaan yang diperolehi hari ini dapat dikongsikan dengan ramai anak muda untuk mereka jadikannya sebagai dorongan dan iltizam untuk turut berusaha ke arah kejayaan pada masa depan.

Fakta Menarik

Menariknya, Anne Idris tidak pernah mengalah dan sentiasa berusaha untuk membuktikan beliau boleh berjaya. Kegagalan lalu bukan dijadikan alasan untuk beliau mengalah dan berhenti dari terus mencuba, tetapi ianya menjadi dorongan untuk beliau terus bekerja kuat walaupun telah mencapai kejayaan pada hari ini.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top