Bicara Ekspres Edisi Khas,
33.15

Bukan Menteri Biasa

19 Jun 2020

Bicara Ekspres Edisi Khas

Bicara Ekspress Edisi Khas yang dihostkan oleh Arizal Rahman menampilkan tetamu-tetamu hebat terdiri dari kalangan pembuat dasar, polisi, pakar dalam bidang keusahawan serta usahawan ternama dan terbilang. Antaranya termasuklah di kalangan YB Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Pegawai Eksekutif agensi-agensi, anak syarikat kerajaan (GLC), juga CEO dan Pengarah syarikat korporat berjaya dan ternama. Tetamu-tetamu istimewa yang dijemput khas ini bertujuan untuk berkongsi ilmu, visi, idea hebat mereka, pandangan, kupasan dan nasihat berguna untuk dimanfaatkan oleh warga usahawan dan masyarakat keseluruhan. Pelbagai intipati dikongsikan berdasarkan kepakaran masing-masing demi membawa usahawan di negara ini mencapai impian kejayaan mereka bukan saja di peringkat lokal tetapi diharap dapat mendominasi global.

Bukan Menteri Biasa

Visi YB Dato’ Sri Dr. Hj. Wan Junaidi b Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Malaysia adalah suatu yang amat berbeza dengan menjadikan keusahawanan satu budaya dan kerjaya yang utama di kalangan masyarakat yang perlu dipupuk sejak kanak-kanak lagi. Melalui MEDAC, beliau bercita-cita untuk mengubah persepsi masyarakat agar lebih terbuka menerima cabaran sebagai usahawan yang kental dan berfikiran matang dan seterusnya mengubah lanskap ekonomi negara melalui keusahawanan.

Isi Utama

Podcast kali ini membawakan pemikiran idea hebat, pandangan dan nasihat YB Dato’ Sri Dr. Hj. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi yang ingin meletakan bidang keusahawanan ke satu tahap yang paling tinggi di Malaysia. Melalui temubual yang dilakukan bersama YB Menteri, untuk mencapai visi beliau yang dianggap sukar tapi mampu dilaksanakan adalah dengan mengurangkan birokrasi dan kesukaran urusan di kalangan kakitangan MEDAC dan usahawan. Pendekatan yang lebih mesra, memudahkan dan cepat akan dirintis di bawah pentadbiran dan pimpinan beliau di MEDAC.

Fakta Menarik

Untuk mencapai sasaran dan visi YB Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi ini adalah melalui penguasaan teknologi sepenuhnya oleh usahawan bermula dari proses awal produk termasuk melalui pertanian. Keyakinan beliau bahawa penguasaan teknologi dalam bisnes mampu menjana pulangan maksima kepada usahawan di Malaysia sangat mengagumkan dan ia adalah idea pintar dari seorang Menteri yang yakin akan hala tuju kempimpinannya dan seterusnya membawa usahawan di negara ini dan MEDAC ke satu tahap yang mengagumkan.

Download

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top