Upfront,
13:11

Ep1. Streetwear Fashion : Neonate Clothing Story

23 Nov 2017

Ep 1. Streetwear Fashion : Neonate Clothing Story

In this podcast series, get up close and personal with exciting personalities as they share their journey in entrepreneurship. Tune in and gain perspectives from the various entrepreneurs and their different hats and lenses.

In this season, Upclose and Personal features Karl Shafek, a jack of all trade;  a TV host, an actor, a chef and an entrepreneur. He spills it all as he shares about his biggest challenges and how he pushed his clothing brand to the global market. In this first episode, he talks about how he started his business and what inspires him.

 

Download

 

Transcript

Hi nama saya Karl Shafek Ibrahim. Saya seorang pengacara tv dan juga seorang pelakon serta baru berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan. Dan melalui eFM, iaitu stesen radio usahawan untuk usahawan. Saya akan kongsikan kepada anda pengalaman saya dan macam mana saya mulakan perniagaan saya dan juga bagaimana saya menjadi seorang usahawan sehingga sekarang.

Read more...
Perniagaan yang saya jalankan bermula daripada perniagaan makanan. Ini kerana saya suka memasak. Ini kerana mak saya terlibat dalam pengusahaan makanan catering dan makanan gerai. Saya slalu memerhati dan membantu mak saya dan adik beradik di gerai makan kami. Secara jujurnya saya tidak pernah terfikir yang saya akan terlibat dalam bidang perniagaan. Saya Cuma membantu apa yang patut di kedai.

Setelah saya bekerja, datang satu idea dimana saya mulakan perniagaan kecil-kecilan untuk membantu ibu saudara saya untuk memasarkan kuih raya hasil buatan ibu saudara saya. Secara tidak langsung, saya belajar serba sedikit tentang bagaimana untuk memulakan perniagaan. Sekarang ini, saya mempunyai perniagaan berkaitan pakaian yang berjenama “new neat clothing” dan itu merupakan antara perniagaan yang saya buat secara rasmi. Kemudian, saya tubuhkan sebuah syarikat pengurusan acara yang juga bertindak sebagai syarikat yang boleh mengeluarkan produksi video, video clip dan sebagainya.

Selain itu, saya dan rakan rakan juga menubuhkan satu portal yang dikenali sebagai pepatung.com.my dimana ianya tempat untuk perkongsian setiap ahli organisasi tersebut untuk menunjukkan kepakaran masing masing. Seperti contoh, pakar grafik, penulis dan jurukamera boleh boleh digabungkan untuk berkongsi maklumat kepada orang lain juga.

Kenapa saya meniaga? Dari awalnya saya tidak pernah terfikir saya akan menjadi seorang usahawan. Kerana bagi saya, saya tidak perlu untuk mengikut jejak langkah ahli keluarga saya yang semuanya terlibat didalam dunia perniagaan. Dan selepas tamat belajar diploma multimedia, saya terjun ke dunia penerbangan sebagai seorang pramugara kerana minat saya untuk mengembara. Saya bayangkan saya akan dapat mengembara ke pelbagai tempat dengan bekerja sebagai pramugara. Saya dapat mengembara ke pelbagai tempat seperti yang dibayangkan. Namun begitu, terdapat perbezaan apabila kita pergi sebagai pekerja dan sebagai pengembara. Apabila saya berada di sesuatu destinasi, saya hanya duduk dibilik kerana kepenatan. Saya tidak sempat untuk keluar bersiar siar, untuk mengetahui budaya dan makan di sesuatu tempat tersebut.

Kemudian, saya kembali ke bidang penyiaran dan mula belajar untuk berkongsi ilmu dengan penonton di tv dan radio kerana itu adalah cita cita saya semenjak saya kecil. Setelah berada lama di dalam dunia penyiaran, saya berfikir bahawa saya juga memerlukan satu “backup” untuk masa depan saya. Dalam waktu yang sama, saya juga sukakan pakaian. Saya berkawan rapat dengan beberapa pereka fesyen dan pernah ditanyakan soalan, “kenapa you pakai pakaian orang?” dan saya menjawab, “saya suka tolong kawan kawan.”. Daripada situ, saya berfikir dan mengambil masa yang agak lama untuk bertindak kerana saya rasa saya tidak ada kepakaran di dalam perniagaan. Akan tetapi saya tidak sedar bahawa saya sudah mempunyai kepakaran dalam berniaga tanpa saya sedar. Seperti contoh, membantu mak saudara saya menjual kuih, menolong emak saya di kedai makan dan juga sebagainya.

Bagi saya perkara yang paling penting dalam menceburi bidang perniagaan ialah apakah jenis perniagaan yang ingin kita jalankan. Kerana apabila kita menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan minat kita, kita akan lebih dekat dengan diri kita dan juga akan membuat kita lebih mudah untuk meneruskan perniagaan tersebut. Saya suka fesyen. Jadi, saya keluarkan satu jenama fesyen yang digelar “local clothing brand” dimana ianya dibuat di Malaysia, direka di Malaysia dan untuk pasaran Malaysia dengan harga yang sangat bersesuaian dengan kehendak pelanggan di Malaysia.

Penjenamaan dari segi nama perniagaan, logo, dan target market adalah penting didalam perniagaan. Semua tu kita kena tahu dari awal supaya kita boleh focus dan khususkan ke arah mana perniagaan kita boleh pergi dan bagaimana ia boleh dikembangkan.

Bercerita tentang persediaan, kita kena bersedia dari segi persediaan modal. Brapa modal yang kita hendak labur dan berapakah keuntungan yang kita mahukan? Kita kena ada “aim”. Seperti contoh, kebanyakan apa yang saya buat adalah berkaitan dengan perkara yang saya gemari. Saya juga kena tahu adakah perkara yang saya gemari boleh dijual dan adakah pelanggan saya juga mempunyai citarasa yang sama seperti saya? Dari situ, kita boleh tahu “target market” kita dan bagaimana kita hendak mengembangkan “target market” tersebut.

Online marketing seperti pengiklanan di facebook, instagram dan sebagainya juga kita kena ambik tahu supaya tidak ketinggalan. Yang penting, kita kena ada asas bagaimana kita nak buat sesuatu perniagaan. Setelah kita berada dalam sesuatu perniagaan, barulah kita belajar secara lebih mendalam bagaimana kita dapat “reach” “target market” yang kita nak.

Jadi itulah dia apa yang sempat saya kongsikan kepada anda melalui eFM, station radio usahawan untuk usahawan, minggu ini. Dan saya berharap apa yang saya kongsikan kali ini, memberikan manfaat kepada anda dan mungkin kepada anda yang pernah terfikir bagaimana agaknya nak memulakan perniagaan dan terdetik inilah waktunya, saya harap apa yang saya kongsikan ini boleh dijadikan pendorong kepada anda untuk menceburi bidang keusahawanan sepertimana saya dan ramai lagi usahawan di luar sana telah pun cuba.

Minggu hadapan kita bertemu lagi, kita bercerita tentang bagaimana kita hendak mengenali pasaran kita dalam dunia perniagaan.

Leave a Comment

Scroll to top