Sifu Bajet Ciput,
18:32

Ep1. Sifu Bajet Ciput bersama Azharee

27 Nov 2017

Ep 1. Sifu Bajet Ciput bersama Azharee

Sifu dalam motivasi perniagaan ini akan berkongsi segala rahsia dan ilmu perniagaan dengan usahawan usahawan dan mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan. Ketokohan dalam ilmu perniagaan dan kepetahan beliau akan membantu pendengar untuk membuat keputusan dalam memilih jenis perniagaan yang sesuai sehinggalah ke cara yang betul untuk menjual dan bagaimana mahu mempromosikannya.

Dalam episod pertama Siri Podcast Sifu Bajet Ciput – Bersama Tuan Seri Azharee Wahid ini, beliau akan berkongsi tentang cara untuk berniaga di ruang media sosial, Facebook dengan cara yang betul dan lebih berkesan.

About Tuan Seri Azharee Wahid

Tuan Seri Azharee Wahid yang juga dikenali sebagai “Sifu Bajet Ciput” merupakan seorang pakar kewangan dan pemilik Akademi Usahawan Mikro yang telah membantu lebih dari 10,000 usahawan usahawan mikro sejak 2010. Beliau juga merupakan seorang jururunding penjenamaan yang bertauliah dan telah menawarkan khidmat untuk menaik taraf perniagaan mikro ke tahap makro.

 

Download

 

Transcript

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hi apa khabar semua? Sapa yang belum mengenali saya, saya Azharee, pengasas dan juga CEO Akademi Usahawan Micro.

Sepertimana ramai yang mengenali, saya sudah berada 10 tahun dalam industry. Selain di akademi, ada pelbagai lagi perniagaan yang saya jalankan juga dan saya banyak membantu usahawan usahawan micro dari segi memperkembangkan perniagaan mereka. Jadi, anda hari ini bersama dengan saya di eFM, station radio usahawan untuk usahawan. Untuk siri podcast saya ini dipanggil sebagai, “Sifu Bajet Ciput” yang mana kita boleh membantu usahawan usahawan micro yang memerlukan bantuan untuk menjalankan perniagan dengan bajet yang sangat kecil.

Read more...
Untuk episode yang pertama, kita ada satu topic yang sangat istimewa saya bawakan kepada eFM, iaitu 10 strategi yang paling mudah bagaimana anda nak menjalankan bisnes online dengan menggunakan facebook profile tanpa perlu menggunakan page.

Strategi pertama, profile picture anda hendaklah sangat menarik dan menggunakan gambar anda sebenar untuk memudahkan anda mendapatkan keyakinan dan kepercayaan orang lain untuk menjual product anda. Profile picture anda juga hendaklah mewakili bisnes yang anda jalankan seperti contoh, memakai pakaian chef jika anda menjalankan perniagaan makanan, memakai pakaian sut jika anda menjalankan perniagaan servis motivasi atau lain lain.

Pemilihan gambar adalah sangat penting untuk menarik perhatian orang lain terutama bila anda mula cuba berniaga online melalui profil facebook anda. Kalau boleh, letak gambar yang penuh dengan senyuman. Kalau anda confuse gambar bagaimana anda nak letak, anda boleh meniru cara celebrity meletakkan gambar profil mereka. Anda boleh minta bantuan orang di sekeliling anda untuk mengambil gambar anda mengikut angle tertentu seperti di dalam gambar gambar celebrity celebrity.

Jika anda merasa gambar yang anda letak tidak cukup menarik perhatian, anda boleh mengedit sedikit gambar tersebut supaya ianya nampak menarik. Dengan itu, orang akan lebih tertarik untuk mengetahui lebih lanjut apakah perniagaan anda. “There is no second chance for first impression”, tiada peluang kedua untuk pandangan pertama, kerana di facebook, pandangan pertama mata orang terletak di gambar profil facebook anda. Elakkan sebarang perkataan di dalam gambar anda kerana credibilty anda sentiasa dilihat oleh orang lain di facebook. Selain daripada gambar formal, anda juga boleh menggunakan gambar yang candid kerana gambar candid lebih catchy dan lebih mudah untuk menarik perhatian orang lain.

Anda juga boleh menukar gambar profil anda mengikut tema tema tertentu seperti Hari Raya, Christmas, Deepavali, Cuti Sekolah atau lain lain supaya sesetengah orang tidak bosan untuk melihat gambar profil anda. Anda boleh menukar gambar profil anda mengikut kesesuaian perniagaan anda dan keselesaan anda. Dengan ini, rakan rakan anda mahupun orang lain akan tahu anda terlibat secara tidak langsung dengan perniagaan yang sedang anda jalankan ketika mereka add profil facebook anda.

Dengan cara pemilihan gambar yang betul dan baik, peluang anda untuk mendapatkan kawan baru dan juga bakal prospek anda adalah lebih mudah. Ada lima cara untuk pemilihan gambar yang betul dan baik iaitu gambar yang cantik, edit jika perlu, pastikan anda senyum, candid, ikut tema-tema tertentu bersesuaian dengan perniagaan anda dan mengikut keselesaan anda.

Leave a Reply

Scroll to top