Buku Untuk Sukses,
13:51

Ep1. “Great by Choice” oleh Baki Zainal

23 Nov 2017

Ep 1. “Great by Choice” oleh Baki Zainal

Siri podcast Buku Pilihan ini akan menampilkan selebriti dan usahawan yang akan menterjemah dan mengupas ringkasan buku perniagaan yang mereka baca. Apakah tip tip dan ilmu menarik yang akan di dapati dari buku ini? Ikuti siri ini untuk dengar dengan lebih lanjut.

Untuk episod pertama dalam siri Buku Pilihan ini, hos dan pelakon Baki Zainal akan membaca ringkasan dan mengupas isi buku bertajuk Great by Choice tulisan Jimm Collins. Bagaimana agaknya Baki akan bedah buku ini dan apakah cerita peribadi yang akan dikongsikan nanti!

Baki Zainal

Baki Zainal merupakan seorang pelakon, penyampai radio dan juga hos yang telah memenangi pelbagai anugerah. Kefasihan Baki untuk bertutur dalam bahasa Mandarin telah membawa Baki jauh di dalam kariernya. Sentiasa bersikap positif dan optimistik, selebriti muda ini berimpian untuk merantau ke seluruh pelusuk dunia.

 

Download

 

Transcript

Assalamualaikum

Saya Baki Zainal, pengacara dan penerbit tv dan seorang pelakon. Selalunya tengok Baki berbahasa Cina namun hari ini Baki akan bercakap dalam bahasa melayu. Anda semua mesti hairan

Baki nak bercakap dalam BM kerana nak ajak anda semua untuk share degan anda semua tentang buku yang Baki baru sahaja habis baca. Dan buku ini untuk usahawan luar sana, dan kalau bukan usahawan, mungkin boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

Read more...
Okay buku ini... Great by Choice . Dalam bahasa inggerisnya, this world is an uncertain place, constant challenging, an often chaotic, while many companies unable to survive in this chaos. Some companies are not only able to survive, but try to fit in them. This book analyzes why these companies succeed while others failed.

Selalunya, dalam apa jua yang kita lakukan, nak buat company ke, nak buat kuih tart ke, buat karipap ke, bila kita nak buat sesuatu, kita tak tau nak buat dari segi mana atau dalam cara apa untuk kita nak buat. Antara kita bingung tu, kita letakkan diri kita dalam satu terowong gelap atau pun kita cuba bawak lampu suluh. Semakin dalam terowong, semakin kerap kita tutup mata. Ada juga yang cuba mengambil batu untuk menghidupkan api dalam terowong itu.

Nak jadi usahawan, expand business yang dah ada, dalam buku ni, memberi contoh tentang usahawan atau company, dalam kekecohan, sikti lagi nak runtuh, kekal kembali dan kukuh dan lagi berjaya. Dikarang oleh Jims Collin, business consultant. Ada buku dijual sebanyak 10 juta naskah. Selalu buat research , ada formula tertentu untuk usahawan kursus bersama beliau.

Menggunakan teknik , beri contoh, companies lain dari USA - pembaca dapat faham dengan lebih terang, apa yang dilalui oleh companies. University dari california.

Permulaan buku ini, tunjuk usahawan yang buat banyak persedian sebelum memulakan perniagaan. Pengarang percaya kalau ada persiapan, buat research- perniagaan kukuh. Kalau tiada, peniagaan takkan kukuh.

Beri contoh - 2 kumpulan ke kutub selatan. Satu kumpulan diketuai oleh Ralph Emerson dan satu lagi kumpulan diketuai oleh Robert Alkinscot. Ralph telah sampai ke kutub selatan dengan selamatnya- letak bendera Norway. 34 hari Robert tiba.

Apa berbezaaan mereka?

Kumpulan Robert bukan sahaja menggunakan masa yang lama, malahan sepanjang perjalanan pulang dari kutub selatan, mereka menggunakan cara yang amat susah. Dan akhirnya kumpulan Robert tidak selamat.

Perbezaan, Ralph buat homework. Keadaan sekitar, cuaca, fizikal, route untuk ke kutub selatan. Daripada peluang yang tidak berjaya, dah dikira dan mencari cara untuk mencari penyelesaian. Robert tidak mengambil kira tentang pelbagai cara sebelum memulakan ekpedisi- ambil cara bahaya untuk habiskan.

Baki rasa memahami apa yang dikatakan pengarang. You need to prepare to not fail. But if you not prepare, you fail. Dalam bahasa melayu, kalau kita bersedia, kita bersedia untu kgagal. Kita patut ambil kira. Baki sentiasa mengembara, mengacara - Baki perlu mengambil kira risiko bagi menjayakan rancangan tersebut. Baki ambil contoh, satu rancangan tv. Sebagai pengacara, perlu ada depan kamra selama 1 jam, menghiburkan dan sampaikan maklumat tentang rancangan, dan bukannya diri Baki sendiri. Baki perlu tahu apakah yang disampai pengarah, apa yang perlu disampaikan, adakan perlu rehat sebelum mengacara, cerdas, energy yang cukup. Walaupun banyak pengalaman, tapi tidak ada persediaan cukup, kita akan skema- tidak sampaikan apa yang perlu disampaikan. Amanah untuk menghiburkan penonton.

Ramai pengacara tidak cukup buat homework, sebelum berada depan pentas. Sama juga seperti seorang usahawan. Ramai yang tidak tahu bahawa saya seorang usahawan homestay. Semasa saya memulakan homestay, banyak kesilapan yang dilakukan. Sebab saya tidak buat homework- marketing, PR dan kerja asas. Saya belajar dari kesalahan yang dilakukan

Dari segi agama, you have to have knowledge in order for you to move further. Dalam islam, Ad-Din; a way of life, tanpa ilmu, susah untuk melangkah ke depan.

Baiklah, minggu ini Baki telah menerangkan tentang pengarang buku Great by Choice yang telah menerangkan kalau kita nak berjaya dalam sesuatu tu, kita perlulah membuat persediaan.Tanpa persediaan, kita bersedialah untuk gagal. Oleh itu, untuk Baki pula, memang berpegang dengan perlu membuat persediaan, perlu membaca, perlu membuka mata, melihat dunia dengan perspektif berbeza.

Okay itu apa yang diterangkan dalam bab 1 kali ini, minggu depan, bagaimana pengarang mengatakan bahwa dunia ni terlampaulah kacau bilau. Terlampau tak tentu hala. Oleh itu bagaimana cara untuk seorang usahawan, seorang manusia untuk berjaya dalam kacau bilau dunia ni.

Jangan lupa bersama Baki Zainal, kita ulangkaji lagi tentang buku Great by Choice di station eFM station usahawan untuk usahawan.

Leave a Comment

Scroll to top