Bahtera,
28:17

Ep88. Ketahui Manfaat Misai Kucing Untuk Kesihatan

23 Jan 2019

Ep 88. Ketahui Manfaat Misai Kucing Untuk Kesihatan

Maliana Musa, 26, merupakan Ketua Pegawai Kewangan Misatech yang mengetengahkan minuman tambahan berasaskan herba misai kucing. Menurut kajian dan pemerhatian yang dilakukan selama setahun, orang ramai masih kurang faham manfaat dan kebaikan yang terkandung dalam misai kucing. Justeru, kehadiran Misatech dengan produk jenama Maleo ini diharapkan dapat mendidik orang ramai di luar sana tentang manfaat yang terkandung di dalamnya seperti membantu mengurangkan kencing manis, melawaskan sistem penghadaman serta sebagainya. Visi Misatech juga adalah menjadikan herba berkualiti seperti ini sebagai satu permintaan di Malaysia dan luar negara.

Key Takeaways

Sebelum memulakan perniagaan jus misai kucing, Maliana pernah berkecimpung dalam dua lagi bidang perniagaan iaitu makanan dan minuman serta mengadakan program dan motivasi di sekolah. Bila ditanya pernah mengalami kerugian dalam menguruskan dua bisnes ini, tentulah jawapan beliau ya dalam masa 6 tahun berkecimpung dalam dunia bisnes. Namun, dia terus berfikir positif dan memikirkan produk apa lagi yang boleh dijadikan bisnes. Lantas, terhasillah minuman Maleo dari ekstrak misai kucing keluaran Misatech. Berkat sokongan dan semangat dari dua lagi rakan kongsinya, alhamdulillah produk Maleo menunjukkan hasil dengan kerjasama, sifat amanah, jujur dan saling percaya antara satu sama lain.

Fun Fact

Nasihat Maliana untuk mereka yang mahu berkecimpung dalam dunia bisnes, biasakan diri berdepan cabaran dan babitkan diri dalam dunia perniagaan di peringkat awal. Ini kerana, bila diri ada rasa dan semangat mahu berniaga, tiada halangan yang tidak boleh kita tempuh pada masa akan datang. Selain itu, dapatkan kemahiran dan mentor serta letakkan mereka sebagai rujukan dan impikan kejayaan seperti mereka. Satu lagi rahsia paling penting untuk berjaya, jangan pernah ego untuk menerima pendapat orang.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top