Bahtera,
29:25

Ep87. Honeyberry Idaman Penggemar Bakery Di Putrajaya

23 Jan 2019

Ep 87. Honeyberry Idaman Penggemar Bakery Di Putrajaya

Norlinda atau lebih mesra dipanggil Linda merupakan kakitangan kerajaan sepenuh masa selama 15 tahun dan sudah meletakkan jawatan pada Mac tahun lalu. Keputusan yang diambil itu bukanlah sia-sia, namun satu nafas baru buat beliau supaya meneruskan bisnes Honeyberry yang sudah dijalankan sejak permulaan kariernya. Bukan itu saja, keputusan berhenti kerja itu juga atas dasar mahu menjaga anaknya yang menghidap autism. Siapa sangka, Honeyberry yang diusahakan secara sambilan sejak 10 tahun dulu, kini sudah mampu membuka kedai sendiri yang terletak di Presint 8, Putrajaya sejak awal Ogos tahun lalu. Honeyberry menyediakan kek, biskut dan pelbagai lagi produk roti yang menyelerakan buat penduduk sekitar Putrajaya.

Key Takeaways

Linda berkongsi, sepanjang 10 tahun mengendalikan Honeyberry secara sambilan, beliau mengakui langsung tidak merekod, menyenaraikan keuntungan, tidak mempunyai mentor dan hala tuju sebenar dalam berniaga. Namun, lama kelamaan beliau nampak usahawan di luar sana makin berjaya dan dia mahu mengikut jejak langkah mereka. Justeru, beliau banyak menuntut ilmu perniagaan bersama guru di Majalah Niaga dan mendapatkan nasihat dari guru berdaftar, Norazyan bagi sesi kaunseling emosi dan terapi dalaman. Dapatlah Linda mengawal emosi bila ada masalah menimpa bila ada pekerja dan kedai sendiri di masa hadapan.

Fun Fact

Kata Linda, kunci untuk memajukan perniagaan adalah sentiasa dengar pandangan dan idea pekerja kerana mereka mempunyai pendapat berbeza dari kita. Beliau juga berkongsi, sentiasa memaafkan diri dan orang sekeliling juga cara untuk membersihkan hati. Dengan itu, perniagaan dan urusan kita akan berjalan sempurna. Bila ditanya apa hala tuju Honeyberry dalam tempoh 5 tahun, Linda berkata beliau mahu membekalkan kek ke restoran besar dan membuka cawangan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top