Bahtera,
39:58

Ep86. Jambatan Industri 4.0

23 Jan 2019

Ep 86. Jambatan Industri 4.0

Pemilik Krenovator, Mahathir Yunus, memulakan perusahaan ini kira-kira setahun lalu selepas berkecimpung dalam dunia bisnes selama 4 tahun. Ini adalah perniagaan pertamanya yang membuahkan hasil selepas tumpas terhadap 2 teknologi startup pertamanya kira-kira 3 tahun lalu. Secara ringkas, Krenovator menghubungkan 4.0 kepada perusahaan SME dan pihak universiti. Mereks menyediakan peralatan seperti hardware, software, kandungan yang boleh dikembangkan mengikut kehendak pelanggan dan mampu bergabung dengan software sedia ada di luar sana.

Key Takeaways

Bercakap mengenai pengalaman beliau dalam dunia bisnes, Mahathir pernah jatuh dalam dunia bisnes apabila 2 teknologi startupnya gagal menakluki dunia pasaran dan mengalami kerugian mencecah 5 angka dalam masa 16 bulan. Namun katanya, ia adalah perkara biasa dan sebagai usahawan kita perlu bangkit untuk memperbaiki kesilapan lalu. Beliau berkongsi, jika usahawan terpalit dengan kegagalan sepertinya, apa yang perlu dilakukan adalah bersabar dan teruskan mendalami ilmu perniagaan dengan usahawan dan jangan sesekali menyerah kalah. Ini kerana, setiap hari adalah proses pembelajaran bagi kita yang bergelar usahawan. Beliau juga banyak melakukan kajian pasaran sebelum bangkit semula dengan memanfaatkan media sosial sebagai medium utama, supaya bisnes seterusnya tidak menimpa nasib yang sama.

Fun Fact

Industri 4.0 adalah satu teknologi insiatif kerajaan yang membantu menyediakan servis, peralatan, software, hardware dan latihan supaya syarikat SME dan syarikat besar lain menjana keuntungan dengan manfaat teknologi. Antara servis dan bisnes yang menggunakan teknologi industri 4.0 adalah servis kereta sewa, penghantaran makanan, auto-reply message dan banyak lagi.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top