Bahtera,
21:35

Ep85. Apa Rahsia ushawan Urus 2 Bisnes?

23 Jan 2019

Ep 85. Apa Rahsia ushawan Urus 2 Bisnes?

Anak muda bernama Muhammad Fikri Bin Mohd Nizam, 26, ini memulakan perniagaan pertama iaitu printing sejak 5 tahun dulu. Graduan jurusan seni bina dari Universiti Putra Malaysia ini menganggap ini adalah cabang rezekinya kerana minat menghasilkan rekaan untuk kawan-kawan ketika zaman belajar dahulu. Kini, ia menjadi bisnes utama dan cabang untuk beliau mencari rezeki. Fikri yang mesra dipanggil Tuah ini pula berkongsi beliau memulakan bisnes keduanya iaitu menjual tanjak sekitar tahun 2017 selepas mendapat permintaan yang banyak sejak 3 tahun lalu. Katanya, menguruskan 2 bisnes dalam satu masa tidaklah sesukar seperti yang disangka, namun perlu bijak mengenalpasti produk apa yang ingin dijual.

Key Takeaways

Tuah banyak melihat ramai usahawan muda tumpas di pertengahan jalan ketika berbisnes kerana rata-rata daripada mereka menjadikan orang yang salah sebagai idola. Gara-gara terikut apa yang dipaparkan di media sosial dan melihat kejayaan mereka yang bukan daripada pangkal, mereka tidak mampu menstabilkan perniagaan dan merancang plan yang sempurna. Sebaliknya, mereka perlu ada mentor dalam bidang yang sama dan belajar dari kesilapan mereka. Dari situ kita boleh melangkah lebih jauh dan melepasi rintangan dan cabaran yang sudah mentor mereka lalui. Kata Tuah, satu lagi kesalahan yang membuatkan usahawan muda gagal menstabilkan perniagaan adalah mereka menganggap pekerja sebagai pekerja atau kuli, bukan satu pasukan. Mereka tidak sedar bahawa kejayaan syarikat bergantung kepada kerja sebagai pasukan. Tanpa mereka, anda tidak akan mampu melihat pencapaian sekarang. Sebaliknya, dengar pandangan dan idea mereka. Siapa tahu, pengalaman mengasah minda mereka supaya mampu menjana strategi memacu kejayaan?

Fun Fact

Tuah Global Empire yang bertapak, beroperasi dan mempunyai kilang, showroom dan pejabat di sekitar Wangsa Maju ini mahu melebarkan sayapnya sehingga ke kampus universiti dengan membuka mini showroom sekurang-kurangnya di 3 buah kampus di Malaysia. Ini bagi memudahkan pelajar mendapatkan servis printing dengan harga berpatutan memperkenalkan tradisi memakai tanjak kepada pelajar-pelajar supaya warisan tidak terus ditelan dek zaman.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top