Bicara Ekspress,
16:29

Ep83. Lelaki Ini Buktikan Kajian Pasaran Penting Sebelum Berbisnes

17 Jan 2019

Ep 83. Lelaki Ini Buktikan Kajian Pasaran Penting Sebelum Berbisnes

Mohd Asyraff Maidin Kutty atau lebih mesra dipanggil Asyraff adalah graduan kejuruteraan mekanikal dari sebuah pusat pengajian awam di Kelantan yang kini mengusahakan perniagaan makanan di bawah jenama KLK Food Industries. Tidak pernah menyesal kerana beralih bidang, kini perusahaan yang dulunya milik ibu, makin berkembang pesat dengan menyediakan perkhidmatan katering, penghantaran makanan selain mengendalikan kafe serta restoran di Kelantan dan Bangi.

Key takeaways

Sebelum ini, beliau banyak menimba pengalaman di syarikat besar seperti perbankan, penerbangan dan banyak lagi sebelum menceburi bidang perusahaan. Ketika itu, Asyraff banyak menghabiskan masa menjalankan kajian untuk mengetahui apa bisnes yang sesuai untuk dijalankan, bidang dan target pelanggan yang macam mana dan jumlah jualan dengan sendiri. Kini, beliau mampu menaja program seperti Bintang RTM bagi meluaskan perniagaannya ke tahap lebih tinggi. Menurutnya, kajian penting bagi mengurangkan kos dan masa supaya bisnes boleh kekal lama.

Fun facts

Bila ditanya siapa yang dijadikan idola, beliau banyak melihat jenama besar sepert jenama Adabi dan Babas dan berazam mahu menjadi seperti mereka suatu hari nanti. Katanya, beliau mahu mempunyai kilang pengeluaran ‘paste’ makanan sendiri. Hebatnya!

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top