Bisnes Makeover,
36:44

Ep83. Inovasi Baharu OOTD

31 Jan 2019

Ep 83. Inovasi Baharu OOTD

Pernah terfikir apa yang kita pakai sebenarnya tidak bersesuaian dengan personaliti dan karakter kita? Atau mungkin pilihan corak dan warna tidak menampilkan dan menyerlahkan diri kita? Dan lagi pelik apabila masalah ini diselesaikan dengan aplikasi di telefon! Episod kali ini membawa Imran, Shah dan Nuree, tiga figura penting disebalik aplikasi Ombre; platform menyediakan pereka fesyen kepada pengguna yang ingin menjimatkan masa sewaktu bersiapsedia ke tempat kerja atau majlis. Pendengar EFM berpeluang mendengar ceritera dan selok-belok kewujudan Ombre dari proses tercetusnya idea membina aplikasi ini sehingga cabaran dihadapi untuk membangunkannya dan juga mencari pelanggan dari pelbagai latar belakang.

Key Takeaways

Semuanya dihujung jari dan pengguna atau pelanggan yang berminat hanya perlu memuat turun aplikasi ini yang telah berada di Apple App Store dan juga akan berada di PlayStore tidak lama. “Recommendation Engine” di dalam aplikasi ini sangat membantu pengguna untuk “mix and match” dalam memilih pakaian, warna dan stail sekaligus sumber kekuatan dan tarikan Ombre. Ketahui sendiri kenapa aplikasi ini dibangunkan dan bukan hanya berasaskan keuntungan semata-mata tetapi seakan-akan robot yang membantu manusia berhias dan bersiap dengan lebih yakin dan penuh semangat untuk keluar rumah.

Fun Fact

Aplikasi buatan Malaysia ini mempunyai 20 peratus pengguna dari Amerika Syarikat dan semakin berkembang mendapat tempat dihati mereka yang inginkan tips dan nasihat dari pereka fesyen dan stylist dengan hanya melalui aplikasi telefon. Dari memberi tips kepada seorang pelanggan, Imran, terfikir kenapa tidak mewujudkan aplikasi “match and explore”: yang boleh digunakan oleh 10,000 orang sekaligus memanfaatkan skala besar pelanggan.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top