Bisnes Makeover,
29:14

Ep82. Fesyen Menarik Untuk Si Chubby: Cecantik

31 Jan 2019

Ep 82. Fesyen Menarik Untuk Si Chubby: Cecantik

Ramai yang berniaga tudung, pakaian dan jubah tapi apa kelainan yang dibawakan label Project Cecantik? Episod ini menghurai buah tangan Nureen Azean dan Hafiz dari Project Cecantik untuk digarap pendengar EFM. Episod ini membawa pendengar ke dunia perniagaan berasaskan pakaian lelaki dan wanita yang telah ditubuhkan sejak 11 tahun lepas dan masih bertahan sehingga kini selepas revolusi dan pertukaran pengurusan demi menambahbaik perkhidmatan kepada pelanggan.

Key Takeaways

Walau berapa banyak kuantiti dihasilkan dan ditempah pelanggan Project Cecantik, namun pengasas dan orang kuat dibelakang label ini; Nureen Azean sangat mementingkan kualiti untuk kepuasan pelanggan yang datang khasnya dari pelbagai jenis size, kehendak dan citarasa masing-masing. Melupakan sejenak bahawa diri ini hanya mempunyai modal yang kecil selain iltizam untuk berjaya antara tonik kekuatan bagi insan yang ingin berjaya sebagai seseorang usahawan dan ahli perniagaan.

Fun Fact

Dari kariernya sebagai pegawai bank, seorang ibu tunggal anak dunia meneruskan hidup dan cita-cita bergelar ahli perniagaan berasaskan pakaian sejak 11 tahun lepas termasuk berniaga di pasar tani dan menghantar tempahan menggunakan skuter sehinggalah mempunyai kedai sendiri pada hari ini! Bayangkan, dari lakaran conteng-conteng yang menjadi hobi kemudian diterjemahkan dengan menjahit sendiri pakaiannya, Nureen Azean memberanikan diri membuka Projek Cecantik khusus bagi mereka yang inginkan kelainan dari produk di pasaran. Keluaran edisi Raya untuk saiz besar terjual sekelip mata sekaligus mendorong Nureen Azean mencuba lagi lakaran lain dipadankan dengan warna-warna menarik bagi memikat hati pembeli bukan sahaja dibutiknya di Kuantan malah diseluruh negara melalui tempahan online.

 

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top