Bahtera,
17:02

Ep82. Dengan Sebuah Laptop, Kini Ada Production House Sendiri

17 Jan 2019

Ep 82. Dengan Sebuah Laptop, Kini Ada Production House Sendiri

Penuntut tahun dua Limkokwing University yang mesra dipanggil SK ini benar-benar berbakat dan ia nyata terbukti apabila beliau kini mampu mengendalikan syarikat Shoora Studio secara sendiri. Menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti menghasilkan filem, pengiklanan, menghasilkan flyers, banner dan sebagainya, beliau bermula dengan hanya bermodalkan sebuah laptop yang digunakan ketika belajar.

Key takeaways

Kata SK, agak sukar bagi seorang pelajar sepertinya membahagikan masa antara waktu belajar dengan kerja. Namun, beliau terpaksa berkorban masa dan menganggapnya sebagai satu pelaburan bagi menyiapkan tugasan pelanggan supaya siap dalam tempoh masa yang ditetapkan. Beliau juga berkongsi, sepanjang menstabilkan perniagaan, masanya banyak dihabiskan dengan menjalankan kajian untuk mengetahui permintaan orang ramai di pasaran. Beliau juga banyak merujuk suratkhabar, TV, majalah dan sosial media bagi mengetahui perkara trending supaya menambahbaik perusahaannya dari semasa ke semasa. Ini kerana, katanya pasaran berubah-ubah setiap 6 bulan. Jadi, beliau perlulah sentiasa tampil dengan promosi dan teknik pemasaran baru serta mendekatkan diri dengan pelanggan secara unik, lain daripada yang lain.

Fun facts

Tidak mementingkan diri sendiri dan lokek ilmu, SK menyimpan hasrat mahu menarik minat bakat muda menceburi bidang perniagaan sepertinya dan berkongsi ilmu di dada supaya semua orang dapat berjaya dalam tempoh masa yang diidamkan. Malah, dia juga mahu membuka pusat pemasaran profesional supaya selesa menyiapkan projek, rekaan dan permintaan dari pelanggan.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top