Bisnes Makeover,
48:57

Ep81. Kenapa Lelaki Perlu Pakai Kasut Tinggi?

31 Jan 2019

Ep 81. Kenapa Lelaki Perlu Pakai Kasut Tinggi?

Episod yang mendekatkan diri pendengar dengan Hilman Shoe Manmade / Hilman Authentic; satu label baharu yang menjual pelbagai jenis kasut termasuk kasut yang membuatkan seseorang tinggi 7cm! Kenali label ini menerusi ceritera disampaikan pengasasnya, Hilman dari mula bertatih hingga kini berjaya mempunyai puluhan jenis kasut untuk dipilih mengikut citarasa dan kehendak masing-masing. Hilman turut berkongsi mengenai tips yang diperlukan jika seseorang usahawan itu ingin berjaya di dalam bidang diceburinya.

Key Takeaways

Ketahui kenapa identiti sendiri dan kelainan dari produk di pasaran adalah penting untuk label produk seseorang itu akan berjaya dan diterima pembeli baik di pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Hilman juga tidak segan berkongsikan waktu perit beliau disaat ideanya untuk menghasilkan kasut yang membuatkan seseorang itu tinggi ditolak mentah-mentah pelabur dengan alasan ; “tidak mungkin berjaya atau tiada orang beli”. Segmentasi audiens dan saluran pemasaran juga antara faktor penting untuk sesuatu label atau jenama fesyen kasut untuk kekal bagi satu tempoh yang panjang di dalam industri.

Fun Fact

Siapa sangka, dari sesi membawang bersama rakan-rakan, akhirnya Hilman Shoe Manmade / Hilman Authentic ditubuhkan dan terus berada di pasaran sejak setahun lepas dan kini mengembangkan sayapnya ke persada global melalui pelbagai jenis kasut lelaki dan perempuan.Wang dipulangkan balik jika seseorang pemakai kasut itu tidak menjadi tinggi antara polisi yang dipegang Hilman Shoe Manmade / Hilman Authentic sekaligus meletakkan jenama ini sebaris dengan jenama antarabangsa yang lain. Ratusan ribu anggota dan pegawai pihak berkuasa tempatan memakai kasut tektikal (tactical boots) dan ini antara kecenderungan dan sasaran Hilman Shoe Manmade / Hilman Authentic bagi menghasilkan produk yang berkualiti.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top