Bicara Ekspress,
24:03

Ep80. Papadom Marketing Pilihan Usahawan Ke Skala Lebih Besar

17 Jan 2019

Ep 80. Papadom Marketing Pilihan Usahawan Ke Skala Lebih Besar

Untuk pengetahuan anda, Aimi adalah seorang yang cintakan duit. Baginya, beliau seronok melihat urusan duit keluar masuk dari bank dan suka melihat kegembiraan orang lain apabila beliau menghulurkan duit kepadanya. Sejak itu, graduan kejuruteraan kimia dari Universiti Teknologi Petronas ini menyimpan hasrat mahu membantu orang ramai mencapai impian supaya menjadi jutawan dengan strategi pemasaran yang dimilikinya. Kini, nama Papadom Marketing sering disebut-sebut dalam bidang pemasaran yang memfokuskan bantuan buat usahawan bagi memasarkan barangan mereka secara online, sesi coaching, bagaimana untuk close sale dan banyak lagi strategi pemasaran masa kini. Dibantu 4 orang selain pakar dalam pemasaran Facebook, Google dan sebagainya, servis Papadom Marketing kini meliputi kawasan Semenanjung Malaysia. Biasanya, mereka akan turun padang atau pelanggan sendiri boleh menonton live stream di media sosial Papadom Marketing untuk tips dan bantuan pemasaran dari semasa ke semasa.

Key takeaways

Mengukuhkan Papadom Marketing sejak ditubuhkan kira-kira 6 bulan lalu bukan mudah bagi Aimi. Antara apa yang dilakukan adalah selalu menjalankan kajian bagi mengetahui kehendak pasaran semasa. Katanya, kajian yang dilakukan tidak melibatkan kos yang banyak namun hanya membabitkan orang sekeliling, kawan-kawan dan memanfaatkn ciri-ciri di laman media sosial. Beliau berkongsi, kajian penting supaya kita boleh nampak hasil dan hala tuju bisnes. Jika tidak, bisnes akan lingkup seperti pengalaman dilalui sifu-sifunya terdahulu sebelum berjaya seperti sekarang ini. Dengan kajian, kita boleh naikkan skala pemasaran dan dapat ketengahkan kepada pasaran lebih besar. Selepas itu, datangnya invoatif dan idea-idea bernas bagi menstabilkan bisnes yang ada.

Fun facts

Kisah disebalik bagaimana Papadom Marketing ditubuhkan agak unik. Ketika team Aimi berbincang strategi mengembangkan idea pemasaran, mereka menjadikan papadom sebagai kudap-kudapan. Lantas salah seorang ahli teamnya mencadangkan ‘papadom’ sebagai nama syarikat dan ia melekat serta disebut-sebut sehingga kini. Bukan saja simple, malah sangat catchy dan mudah melekat dalam ingatan bila sebut ‘papadom’ kan?

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top