Bisnes Makeover,
47:18

Ep80. Bisnes Dari Kaca Mata Pereka Fesyen

31 Jan 2019

Ep 80. Bisnes Dari Kaca Mata Pereka Fesyen

Satu nama besar, Bill Keith dan seorang lagi pereka fesyen yang sedang bertatih; Lidya Couture. Kedua ikon pereka fesyen ini menjadi tetamu jemputan pada episod kali ini. Mereka secara santai bertukar pengalaman mengenai karier masing-masing malah turut menggamitkan studio apabila mereka mula berkongsi mengenai perit jerih bergelar ahli perniagaan dan usahawan berkaitan industri fesyen.

Key Takeaways

Pendengar berpeluang mendengar sendiri bagaimana Bill Keith mencari tapak memulakan perniagaan selepas tamat pengajian di Toronto, Kanada termasuk menaja artis menggayakan pakaian, rekaan, fesyen tanpa mengenakan sebarang bayaran demi menaikkan jenamanya. Ketahui juga kenapa aspek kemahiran, kreativiti dan layanan kepada pelanggan itu penting yang dikongsikan dua figura ini untuk terus kekal sukses dalam industri.

Fun Fact

Richie Rachman dan Seha Freedom adalah dua figura penting yang membawa nama Bill Keith ke depan sehingga gah dan terus kekal dalam industri selepas mula menceburkan diri sejak 20 tahun lepas. Walaupun Bill Keith pernah mendapat anugerah Most Talented Designer dan Best Presentation, namun beliau tidak pernah menolak sebarang permintaan selebriti dan artis dalam aspek menyediakan pakaian, rekaan, fesyen dan sebagainya. Lidya dengan labelnya sendiri, Lidya Couture mulai belajar dengan mengenai selok belok industri fesyen dengan lebih mendalam lagi dengan tunjuk ajar Bill Keith kira-kira setahun lepas sehingga membuahkan hasil apabila dianugerahkan The Best Fashion Presentation Award pada Kedah Fashion Week 2018. Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa Lidya Couture kini berada di Parkson, The Pavilion dan episode ini membawa pendengar merungkai kejayaan Lidya menempatkan labelnya di kawasan segitiga emas tersebut.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top