Bisnes Makeover,
39:45

Ep79 Sijil Halal JAKIM Mendapat Piawaian Global

23 Jan 2019

Ep 74. Jual Diri Dengan Berceloteh

Sempena Malaysia Halal Expo 2019, Bisnes Makeover bertemakan Bisnes Hab Halal. Pada episod akhir untuk topik Bisnes Hab Halal ini, Nana berbicara dengan Ustaz Amri Abdullah, Penolong Pengarah Kanan JAKIM tentang pensijilan Halal JAKIM dan konsep Halal ini. Fungsi utama JAKIM adalah satu badan yang mengeluarkan pensijilan dan logo Halal kepada pemohon-pemohon di Malaysia dan di luar negara termasuk Industri Kecil Sederhana. JAKIM juga bertanggungjawab untuk membantu industri-industri untuk mendapatkan pengiktirafan Halal.

Key Takeaways

Pensijilan Halal Malaysia bersifat sukarela dan tiada undang-undang yang mewajibkan pensijilan Halal. Pensijilan diberikan kepada yang memohon sahaja. Namun, JAKIM juga menyediakan ruang dan peluang bagi industri yang ingin memohon. Antara kaedahnya adalah; 1) Mesti ada lesen perniagaan SSM 2) Mempunyai kilang yang didaftarkan Halal atau dibawah naungan agensi 3) Pastikan bahan ramuan bukan setakat Halal malah dibuktikan ada sijil Halal. JAKIM juga menyediakan database pengilang di website untuk menyenangkan usahawan untuk mencari bahan ramuan yang bersijil Halal.

Fun Fact 

JAKIM telah mengeluarkan pensijilan dan logo Halal sejak tahun 1974.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top