Bahtera,
27:39

Ep79. Rahsia Pelajar Jana Pendapatan 4 Angka Sebulan

17 Jan 2019

Ep 79. Rahsia Pelajar Jana Pendapatan 4 Angka Sebulan

Pelajar UPM yang berasal dari Kelantan ini memulakan perniagaan bersama Shaklee sejak 2 tahun dulu selepas terkesan dengan masalah kulit yang dialaminya. Bila muka yang dikatakan ‘aset’ seorang wanita ditumbuhi jerawat, maka keyakinan diri terus turun mendadak. Selepas mencuba produk Shaklee yang disyorkan kakaknya, Nurmie terus sembuh dan ingin berkongsi penyelesaian itu kepada rakan-rakannya. Tanpa sedar, ia sebenarnya membuka ruang perniagaan buatnya apabila ramai rakan di tempat belajar tertarik dengan produk yang dijual kerana masing-masing mengalami masalah kulit yang sama. Kini, beliau sudah berjaya membantu lebih 300 agen dikalangan pelajar dan rata-rata daripadanya mampu menjana pendapatan sehingga 4 angka sebulan. Azamnya sebelum tamat tahun 2020, beliau mahu membantu lebih 1,000 ejen dan melahirkan usahawan yang mampu menjana pendapatan sampingan lumayan setiap bulan.

Key takeaways

Penuntut jurusan teknologi dan sains makanan ini berkongsi, sebagai usahawan, seseorang itu perlulah ada minat, semangat dan pandai membahagikan masa serta menetapkan sasaran supaya apa yang diimpikan dapat dicapai. Bukan itu saja, kajian dari semasa ke semasa juga perlu supaya kita sendiri dapat tahu apa permintaan dan maklum balas pelanggan. Ini bertujuan untuk mengetahui sama ada apa yang kita jual memberi manfaat kepada orang di luar sana atau sebaliknya. Barulah kedua-dua belah pihak berpuas hati. Sebagai usahawan juga, kita juga perlu bertanggungjawab terhadap produk yang telah dijual dan memastikan ia tidak menyalahi undang-undang, tidak memudaratkan dan menepati kehendak pelanggan. Kata Nurmie, dari situ kita boleh lihat produk yang dijual boleh pergi lebih jauh.

Fun facts

Bila ditanya adakah Nurmie melakukan kajian sebelum memulakan perniagaan Shaklee, jawapannya tentulah ya. Beliau mendapati Shaklee bukanlah satu jenama calang-calang, namun ia sudah berada di pasaran selama lebih 130 tahun. Malah, sebanyak 100,000 kajian dilakukan oleh lebih 70 pakar saintis berpengalaman terhadap setiap produk Shaklee yang dikeluarkan sebelum dipasarkan. Tidak hairanlah beliau meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Shaklee bagi memulakan perniagaannya suatu ketika dahulu.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top