Bicara Ekspress,
21:19

Ep77. Servis Cetakan Print Zy Digemari Pelajar Universiti

11 Jan 2019

Ep 77. Servis Cetakan Print Zy Digemari Pelajar Universiti

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains, Fizik dan Elektronik dari Universiti Putra Malaysia, Azlina Tajuddin, 24 atau lebih dikenali sebagai Kak Lina atau Kakak Print Zy, banyak membantu pelajar dalam menyediakan servis cetakan pada harga berpatutan. Selain cetakan, syarikat Print Zy yang baru menjalankan perniagaan kira-kira 2 bulan ini juga boleh menghasilkan baju-T, baju makmal, banner, bunting, flyers, kad bisnes dan banyak lagi. Katanya, Print Zy akan menawarkan harga lebih rendah dari pasaran supaya dapat membantu pelajar yang kurang mampu.

Key takeaways

Melihat servis cetakan ini boleh pergi jauh, Kak Lina merancang mahu membuka cawangan di Sabah kerana servis cetakan di sana juga jauh lebih mahal berbanding di Semenanjung Malaysia. Beliau juga melihat untuk membuka beberapa lagi cawangan di Kuala Lumpur dan kilang sendiri. Justeru, beliau perlu merancang pelan perniagaan dengan bertemu mentor selalu. Selain itu, Kak Lina perlu rajin melakukan strategi pemasaran di sosial media seperti Facebook dan Instagram.

Fun fact

Selain menjalankan perniagaan ini secara persendirian, Kak Lina juga mempunyai agen bagi melancarkan setiap proses dari A-Z. Mereka boleh dihubungi sepanjang hari di laman sosial Facebook dan Instagram, cuma masukkan carian Print Zy.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top